Kos pekerja Indonesia mungkin naik, diumum selepas MoU April

March 27, 2022 · Isu semasa

Kos baharu pengambilan pekerja domestik Indonesia hanya akan diumumkan kerajaan selepas kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada April ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan akan berlaku kenaikan kos, namun belum dapat menjangkakan jumlah peratusan kenaikan kos berkenaan.

“Tidak semestinya naik dan tidak semestinya turun, kita akan lihat dan semak dari semasa ke semasa. Struktur kos RM7,800 yang dimaklumkan sebelum ini adalah kos lama berdasarkan Kumpulan Kerja Bersama Kesembilan pada September 2013 dalam MoU yang telah tamat pada 2016.

“MoU pekerja domestik Indonesia yang baharu dijadualkan akan ditandatangani oleh kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia di Jakarta pada awal April ini.

Jadi struktur kos pengambilan domestik Indonesia akan diumumkan selepas MoU ini ditandatangani,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak projek Hospital Pendang, di sini hari ini.

Memetik laporan Bernama, Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata Hospital Pendang yang terletak di Kampung Banggol Pauh, di sini sudah disiapkan kira-kira 95 peratus.

Katanya, hospital yang mula dibina pada 2018 itu akan memberi kemudahan kepada lebih 100,000 penduduk di daerah ini dan kawasan sekitarnya bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan lebih baik dan selesa.

“Pandemik yang berlaku memberi kesan kepada sektor pembinaan, namun saya percaya ia dapat disiapkan dalam beberapa bulan lagi dan akan mula beroperasi selepas peralatan dan mesin perubatan dari luar negara dibawa masuk,” katanya.

Berita berkaitan
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok