Polis tahan bapa tiga kanak-kanak buat aksi bahaya dalam kereta

March 25, 2022 · Isu semasa

Polis menahan bapa kepada tiga kanak-kanak yang membuat aksi berbahaya dengan mengeluarkan separuh badan dari dalam kereta yang sedang bergerak dipercayai dirakam di Jalan Tambun di Ipoh, seperti yang tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Sunway City di sini, pada 9.30 malam tadi.

“Tindakan lelaki itu pada saya memang tidak bertanggungjawab kerana membenarkan kanak-kanak berkenaan mengeluarkan separuh badan dari kereta.

“Kami juga akan memanggil ketiga-tiga kanak-kanak berusia empat, tujuh dan lapan tahun itu untuk membantu siasatan dan selepas kertas siasatan siap sepenuhnya kami akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dicadang dituduh di mahkamah,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Majlis Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad di pekarangan Briged Utara, Pasukan Gerakan Am di Ulu Kinta di sini, hari ini.

Katanya hasil semakan mendapati lelaki berkenaan yang ditahan sehingga esok, mempunyai 32 rekod kesalahan trafik.

Semalam, Mior Faridalathrash berkata pihaknya mengesan video berdurasi seminit dua saat itu di laman Facebook memaparkan tiga kanak-kanak melakukan aksi berbahaya tersebut dalam sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 minit lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
13 minit lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok