PDRM akan guna peruntukan lain bagi kes disiasat bawa SOSMA

March 24, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengguna pakai peruntukan lain bagi kes disiasat Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas 31 Julai ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata susulan penolakan usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen itu di Dewan Rakyat hari ini, PDRM akan menggunakan peruntukan di bawah mana-mana undang-undang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Prosedur Jenayah untuk melaksana penahanan melalui proses reman di mahkamah, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata PDRM kekal komited bagi menjalankan siasatan sebaik mungkin dengan menggunakan akta sedia ada yang masih berkuat kuasa.

“PDRM mengambil maklum dan menerima keputusan Dewan Rakyat pada 23 Mac (Rabu) yang menolak usul Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa SOSMA selepas 31 Julai ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata dengan keputusan terbaru itu, PDRM tidak lagi memperuntukkan kuasa penahanan selama 28 hari ke atas individu yang ditahan bagi siasatan melibatkan kes-kes keselamatan bersifat kompleks seperti kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan (kesalahan terhadap negara).

“Selain itu, kesalahan di bawah Bab VI A Kanun Keseksaan (kesalahan berkaitan keganasan); kesalahan di bawah Bab VI B Kanun Keseksaan (kesalahan jenayah terancang); kesalahan di bawah Bab III A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan Luar Negara 2015,” katanya.

Usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) SOSMA bagi tempoh lima tahun lagi yang dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, tidak diluluskan Dewan Rakyat hari ini setelah melalui undi belah bahagian, yang menyaksikan 84 Ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
4 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok