Bot karam dalam perjalanan bawa PATI ke Malaysia

March 20, 2022 · Dunia

Sebuah bot karam dipercayai membawa puluhan pendatang tanpa izin dalam perjalanan ke Malaysia karam di luar pantai Indonesia.

Menurut laporan awal media luar negara AFP, sekurang-kurangnya dua maut dan 26 lagi masih hilang selepas bot nelayan kayu yang membawa 89 penumpang itu karam ketika berlepas menuju ke Malaysia.

Bot itu melalui laluan yang tidak dikawal dan mula mengalami kebocoran tidak lama selepas itu.

Bot tersebut kemudiannya dibadai imbak kuat sehingga menyebabkannya terbalik dan karam.

Seorang penumpang lelaki dan wanita ditemukan maut, manakala 61 lagi diselamatkan dan dibawa ke hospital serta selebihnya masih belum ditemukan.

“Pasukan keselamatan sudah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Namun setakat ini, tiada mangsa ditemukan,” kata ketua pasukan kecemasan, Ady Pandawa.

Jelasnya, penumpabg bot berkenaan berasal dari seluruh Indonesia dan mereka dalam perjalanan ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

Ady tidak menolak kemungkinan bot itu mengalami kebocoran kerana jumlah penumpang melebihi kapasiti.

Pada Januari lalu, enam wanita Indonesia lemas di pantai Malaysia selepas bot mereka karam semasa cubaan memasuki negara itu secara haram.

Sebulan sebelum itu, 21 pendatang tanpa izin Indonesia juga terkorban selepas bot mereka karam.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Israel beri dos keempat vaksin Covid-19
December 22, 2021
‘Kasut syaitan’ ada darah manusia: Nike saman syarikat pengeluar
March 30, 2021
Putin ancam henti salur bahan bakar jika Barat hadkan harga
September 8, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok