Israel beri dos keempat vaksin Covid-19

December 22, 2021 · Dunia

Rejim Israel menawarkan suntikan dos keempat vaksin Covid-19 kepada individu berusia 60 tahun dan ke atas, ketika kebimbangan memuncak berhubung penularan varian baharu Omicron.

Panel pakar Kementerian Kesihatan negara itu mencadangkan suntikan keempat, satu keputusan yang dianggap Perdana Menteri Naftali Bennett sebagai berita baik untuk membantu menangani gelombang Omicron yang telah menular di seluruh dunia.

Walaupun keputusan memberi suntikan keempat itu masih menunggu kelulusan rasmi pegawai kanan kesihatan, Bennett menggesa rakyat Israel untuk mendapatkan dos secepat mungkin, sambil berkata: “Mesej saya ialah – jangan buang masa, pergi dapatkan vaksin.”

Keputusan itu berikutan kematian pertama di Israel melibatkan pesakit varian Omicron. Sebuah hospital Israel pada Selasa mengesahkan kematian itu tetapi berkata mangsa mengalami beberapa keadaan yang serius dan komorbiditi.

Pusat Perubatan Soroka di Beersheba berkata lelaki berusia 60-an, meninggal dunia pada Isnin, dua minggu selepas dia dimasukkan ke wad Covid-19.

Kenyataan hospital berkata pesakit itu mengalami pelbagai penyakit serius.

“Morbiditinya berpunca terutamanya daripada penyakit sedia ada dan bukan daripada jangkitan pernafasan yang timbul daripada Covid-19,” kata hospital itu.

Kementerian Kesihatan berkata sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya 340 kes Omicron yang dilaporkan di Israel.

Awal minggu ini, Israel memperluaskan larangan perjalanan ke negara-negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Itali, Turki dan Kanada dalam usaha mengelak penularan Omicron.

Bennett juga mengurangkan kehadiran ke pejabat sebanyak 50 peratus bagi kakitangan awam. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok