‘Kasut syaitan’ ada darah manusia: Nike saman syarikat pengeluar

March 30, 2021 · Dunia

Pembuat kasut sukan jenama terkemuka, Nike Inc, menyaman sebuah syarikat berpangkalan di New York yang mengeluarkan ‘kasut syaitan’ yang kononnya mengandungi setitik darah manusia sebagai sebahagian daripada kolaborasi dengan penyanyi rap Lil Nas X.

Dalam saman yang dikemukakan semalam, Nike berkata, MSCHF Product Studio Inc, melanggar dan menghina cap dagangannya dengan warna kasut hitam dan merah bertemakan syatian, yang mula dijual di dalam talian sejak semalam.

Bagaimanapun, penyanyi rap itu tidak dinamakan sebagai defendan.

Kasut itu adalah Nike Air Max 97 yang disesuaikan dan mengandungi dakwat merah dan ‘setitik darah manusia’ di ruang tapak kaki., menurut laman web yang menyifatkan 666 pasang kasut yang dijual itu adalah edisi terhad.

Beberapa media melaporkan kasut itu habis dijual tidak sampai seminit pada harga AS$1,018 sepasang.

Nike dalam saman yang difailkan di Mahkamah Persekutuan di New York berkata, pengeluaran kasut itu dibuat tanpa kelulusan dan kebenaran, dan syarikat itu tidak terbabit langsung dengan projek berkenaan.

“Terdapat bukti kekeliruan di pasaran sehingga ada pihak yang mengajak memboikot Nike sebagai tindak balas pelancaran kasut syaitan MSCHF, berdasarkan kepada salah faham bahawa Nike memberi kebenaran mengeluarkan kasut itu,” kata Nike.

Nike meminta mahkamah dengan segera menghentikan MSCHF daripada memenuhi permintaan pasaran kasut itu dan memohon perbicaraan di hadapan juri bagi mendapatkan ganti rugi. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok