(KEMAS KINI) Khairuddin umum keluar PAS serta-merta

March 14, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, hari ini mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS, berkuat kuasa serta-merta, dan akan menyerahkan semua elaun Ahli Parlimen kepada parti itu.

Menurutnya tindakannya itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dengan ia sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen, pada jam 2.30 petang tadi.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu bagaimanapun enggan mendedahkan alasan berhubung pendiriannya itu, selain menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli selama 33 tahun, sejak 1989 dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepemimpinan sejak 1999,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini..

Khairuddin juga berterima kasih kepada PAS yang memberi peluang kepadanya untuk dicalonkan sebanyak dua kali pada Pilihan Raya Umum (PRU) sehingga menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus sejak 2013.

“Saya akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai Ahli Parlimen pada waktu berbaki sehingga PRU-15 kepada PAS sebagai memenuhi baiah yang dibuat ketika bertanding pilihan raya.

“Saya mendoakan PAS terus maju jaya sebagai sebuah parti yang membawa agenda Islam dan sebagai muslim saya akan terus memperjuangkan dasar PAS iaitu seruan PAS iaitu Allahu Akbar dan tujuan serta usaha PAS sebagaimana termaktub dalam fasa tiga, empat, lima dan enam perlembagaan PAS yang semuanya adalah selaras dengan kehendak Islam.

“Saya juga menyeru semua ahli PAS untuk terus istiqamah dengan perjuangan PAS dan terus memperjuangkan Islam menerusi wadah PAS,” katanya.

Bagaimanapun, Khairuddin enggan menjelaskan sebab beliau keluar daripada PAS.

“Alasan berhenti dari PAS sukar untuk dijawab. Saya sayangkan PAS. Saya kekal menyokong PAS insya-Allah, tapi bukan sebagai ahli organisasi. Dan saya akan terus menegur dan memberi pandangan kepada semua parti politik,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok