Dua rumah 10 kenderaan tertimbus tanah runtuh di Ampang

March 10, 2022 · Isu semasa

Dua daripada 15 rumah yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, petang tadi dipercayai tertimbus, bersama penghuninya.

Sekurang-kurangnya empat mangsa dipercayai tertimbus, namun seorang daripadanya iaitu seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan jam 6.54 petang tadi.

Usaha mengesan tiga lagi masih diteruskan sepasukan anggota bomba yang berkejar ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat awam.

Bagaimanapun status ketiga-tiganya belum diketahui.

Bomba dilaporkan menerima panggilan jam 5.54 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian di Jalan Teratai 1/2J Taman Bukit Permai 2, enam minit kemudian.

“Mengikut laporan awal, 15 rumah terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu, dengan dua rumah dan 10 kenderaan tertimbus,” kata jurucakap bomba.

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Puchong, penghuni tujuh buah rumah dikosongkan
December 16, 2023· Isu semasa
PKR kena mula kempen satu undi PH sama satu undi Zahid, sindir Bersatu Ampang
July 24, 2023· Politik
Isu rumah pajak di Kajang, Chegu Bard buat laporan polis kali kedua dan serah bukti
July 16, 2023· Politik
Banglo saya bina tidak ada unsur rasuah, kata bekas MB Terengganu UMNO
July 16, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok