PKR kena mula kempen satu undi PH sama satu undi Zahid, sindir Bersatu Ampang

July 24, 2023 · Politik

Bersatu Ampang menggesa supaya PKR segera memulakan kempen satu undi untuk Pakatan Harapan (PH) sama dengan satu undi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Setiausaha Bersatu Bahagian Ampang, Faizan Mohd. Nor tidak menolak Presiden UMNO itu akan menjadi aset penting kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) menjelang PRN enam negeri pada 12 Ogos nanti untuk menarik sokongan rakyat.

“Barangkali pengundi PH yang masih terkeliru dengan apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh faham Zahid kini adalah rakan sejati PH walaupun jadi musuh ketat sebelum PRU15,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRU-15, PKR giat menggunakan kempen ‘Satu undi untuk UMNO sama dengan satu undi untuk Zahid’ terutama dalam kalangan pimpinan utama PKR.

Kempen itu dicanang PKR sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menang 30 kerusi Parlimen pada PRU15.

Bagaimanapun, kempen itu lenyap setelah PH mengadakan kerjasama dengan BN dalam membentuk kerajaan campuran

Pada 12 Ogos depan, enam negeri akan mengadakan PRN iaitu Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok