AirAsia kenakan semula surcaj bahan api RM10 – RM60 mulai 8 Mac

March 5, 2022 · Isu semasa

AirAsia Malaysia akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac 2022 bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsanya, menurut kenyataan dikeluarkan syarikat penerbangan tambang murah itu.

Menurutnya, pengenalan semula surcaj bahan api oleh AirAsia adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melepasi AS$120 setong, lapor Bernama.

“Surcaj bahan api ini akan dikenakan untuk semua tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac 2022. Semua tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac 2022 tidak akan terjejas,” kata AirAsia pada Sabtu.

Syarikat itu menambah, kadar surcaj bahan api bagi semua laluan domestik dalam Malaysia adalah RM10 manakala bagi laluan antarabangsa bertempoh satu hingga dua jam pula sebanyak RM25.

Kadar untuk laluan antarabangsa dengan masa dua hingga tiga jam; tiga hingga empat jam; dan lebih daripada empat jam masing-masing pada RM35, RM50 dan RM60, jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata syarikat penerbangan di seluruh dunia terjejas berikutan harga bahan api yang terus meningkat akibat keadaan di Eropah Timur serta faktor luaran lain.

“Sejak kali terakhir kami memansuhkan surcaj bahan api pada 2015 berikutan harga bahan api global serendah US$48 setong waktu itu, kami telah mengalami beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj ini.

“Bagaimanapun, AirAsia telah menyerap kenaikan harga bahan api yang lepas untuk terus memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami.

“Malangnya, keadaan semasa, dengan harga bahan api telah melonjak lebih 160 peratus daripada angka pada 2015, telah menjadikan situasi ini tidak lagi mampan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya berharap langkah ini hanya sementara dan akan terus memantau keadaan semasa, di samping memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok