Tak benar Najib kata bayar hutang 1MDB tidak guna wang rakyat

March 2, 2022 · Isu semasa

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dibayar menggunakan wang rakyat adalah tidak benar dan tidak tepat.

Pakar ekonomi, Datuk Dr Nungsari Ahmad Radhi menjelaskan semua hutang 1MDB mempunyai kadar faedah yang perlu dilangsaikan dan itu perlu dibayar oleh kerajaan.

“Dalam konteks 1MDB, syarikat pelaburan tersebut juga mengeluarkan bon untuk berhutang. Jadi dakwaan Najib tidak betul. Bon itu ada faedah. Jadi, siapa yang membayar faedah ini? Kerajaanlah yang bayar.

“Ini tak termasuk dengan duit pokok (prinsipal). Hutang ini perlu dibayar pada ketika ia matang. Mungkin pada tahun ini, tahun depan atau tahun seterusnya.

“Perlu diingat 1MDB mengeluarkan bon menggunakan jaminan kerajaan. Oleh itu ia dikira sebagai liabiliti kerajaan. 1MDB tidak ada duit nak bayar, sebab itu kerajaan yang kena bayar,” katanya menurut laporan Sinar Harian, hari ini.

Bon merujuk kepada sijil pelaburan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yang menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan ketika membahas usul Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini mendakwa tiada satu sen pun wang rakyat digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1MDB.

Bagaimanapun, Nungsari berkata, dalam mahkamah di Amerika Syarikat, bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner mengaku membantu menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1MDB.

“Malah pada tahun lalu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan juga mengumumkan telah memperoleh semula RM1.9 bilion lagi dana 1MDB yang dicuri dengan bantuan DOJ yang menyerahkan wang itu ke Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset Malaysia.

“Jadi, wang dan harta yang disita daripada individu yang mencuri duit 1MDB datang secara berperingkat. Ini akan melibatkan beberapa tahun setelah bon dikeluarkan,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok