Konstabel maut dilanggar penjenayah diklasifikasi kes bunuh

April 18, 2021 · Isu semasa

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Comosioner Soffian Santong berkata kematian anggota Balai Polis Dato Keramat, Pulau Pinang Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan, 22, ketika sedang mengejar penjenayah pagi semalam dikategorikan sebagai kes bunuh.

Mangsa dilaporkan sedang mengejar seorang penjenayah menggunakan motosikal, sebelum dilanggar oleh suspek menyebabkan beliau terjatuh dan kepalanya terhantuk di bahu jalan.

Muhammad Iqbal meninggal dunia di tempat kejadian, sementara suspek berusia 35 tahun ditahan di lokasi kemalangan dan ujian air kencing didapati positif dadah.

Soffian berkata, ketika kejadian Muhammad Iqbal bersama dua anggota lain terserempak dengan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 1 pagi di Jalan Scotland.

Katanya, ketiga-tiga anggota polis yang masing-masing menunggang motosikal meminta lelaki terbabit berhenti, tetapi suspek terus memecut dan menunggang dalam keadaan berbahaya, dengan melakukan aksi ‘zig zag’ bagi mengelak ditahan polis.

“Mereka mengejar lelaki itu sehingga ke Jalan Utama. Muhammad Iqbal cuba menghampiri motosikal lelaki terbabit, namun suspek melanggar motosikalnya sehingga mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk di tebing jalan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di Hospital Pulau Pinang, malam tadi.

Katanya, suspek yang mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan lima kes jenayah akan direman esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, katanya.

Jenazah Muhammad Iqbal akan dibawa balik ke kampung halamannya di Kampung Air Tawar, Besut, Terengganu untuk dikebumikan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok