Kes Mara: SPRM dalam fasa terakhir lengkapkan siasatan

February 17, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam fasa akhir melengkapkan siasatan membabitkan lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa terlibat dalam isu integriti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata siasatan telah 99 peratus siap, dan apabila disiapkan ia akan diserahkan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya, selain Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut, lapor Bernama.

“Selain pembabitan lima pegawai itu tadi, SPRM dalam masa sama sedang menyiasat berhubung dakwaan penyalahgunaan kad kredit korporat Mara Corporation (Mara Corp),” katanya dalam sidang media selepas majlis Pelancaran Program Excel ‘Corporate Liability and Organizational Anti-Corruption Plan’, di Kuala Lumpur.

Menurutnya SPRM akan memberi fokus kepada aspek terma rujukan penggunaan kad kredit terbabit, sama ada boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau rasmi dalam siasatannya, dan akan membuat kesimpulan keseluruhan berkenaan siasatan itu tidak lama lagi.

Pada 5 Februari lalu, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu sebelum menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada Mara, Mara Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada 7 Februari.

Mengulas mengenai penyelewengan geran dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), Ahmad Khusairi berkata 27 entiti termasuk syarikat, individu dan badan bukan kerajaan disiasat SPRM berhubung kes berkenaan.

Katanya SPRM telah menyiapkan kertas pendakwaan terhadap sekurang-kurangya 10 syarikat, dan dua individu akan dituduh di mahkamah di Ipoh dan Kuala Lumpur esok berkenaan penyelewengan dana berkenaan.

Sebelum ini SPRM menahan 22 individu dalam operasi di tujuh negeri dalam siasatan berhubung Mitra.

Mengulas mengenai isu kontrak perolehan enam Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) pula, Ahmad Khusairi berkata SPRM akan mengemukakan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) berkaitan hal ehwal jenayah bagi menjalankan siasatan di luar negara berkenaan isu ini.

Beliau mengakui pihaknya mengalami kesukaran menyiasat isu LCS kerana ia membabitkan kes melebihi 10 tahun lepas, dan menurutnya SPRM membuka tiga kertas siasatan berhubung kes itu.

Sebelum ini SPRM menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang disyaki terlibat dalam kontrak perolehan enam kapal LCS.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Nilai ringgit dijangka terus berdepan tekanan minggu ini, kata penganalisis
May 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
9 minit lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok