Ular dalam pesawat AirAsia, penerbangan dilencongkan

February 11, 2022 · Isu semasa

AirAsia mengesahkan sebuah pesawatnya yang menuju ke Tawau dari Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan setelah terdapat seekor ular di dalamnya, semalam.

Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling berkata pihaknya menyedari berlaku insiden di dalam penerbangan terbabit pada Khamis.

“Sebaik kapten menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching sebagai langkah pembersihan pesawat.

“Insiden ini jarang berlaku pada mana-mana pesawat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 14 saat menunjukkan terdapat kelibat ular berada di dalam sebuah pesawat yang dipercayai dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau.

Video yang tular di Tik Tok itu dimuat naik seorang pemilik akaun yang menyatakan bahawa pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Kuching, Sarawak.

Kejadian itu disifatkan seperti filem “Snakes on a Plane” di mana ratusan ular memasuki kabin pesawat.

Menerusi video tular berdurasi 15 saat itu, seekor ular dilihat menyusuri di bahagian dalam lampu kabin pesawat, menyebabkan situasi panik dalam kalangan penumpang.

Berita berkaitan
Laporan awal nahas Elmina: Objek asing tidak ditemui di komponen enjin
September 15, 2023· Isu semasa
Nahas di Elmina: Polis rakam percakapan 10 individu saksi
August 26, 2023· Isu semasa
SPR umum PRK Pelangai pada 7 Oktober
August 24, 2023· Politik
Notis kekosongan DUN Pelangai diserah kepada SPR
August 21, 2023· Isu semasa
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok