BNM jangka inflasi kekal menyederhana pada 2022

February 11, 2022 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan inflasi kekal menyederhana pada 2022, lebih hampir kepada purata jangka panjangnya, manakala inflasi teras juga berkemungkinan kekal sederhana tahun ini.

Gabenor Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata bank pusat akan terus berhati-hati terhadap perkembangan berterusan dalam permintaan dan tekanan kos selain terus terlibat secara aktif dengan pemain industri untuk memantau dinamik harga dengan teliti apabila keadaan ekonomi bertambah baik, menurut laporan Bernama.

“Kami menjangkakan perbelanjaan isi rumah terus menyokong pertumbuhan tahun ini. Pelonggaran langkah-langkah pembendungan dan pemulihan pasaran pekerjaan serta keadaan pendapatan adalah faktor yang akan meningkatkan aktiviti penggunaan.

“Bagaimanapun, perkembangan berkisar pandemik — terutamanya jika penggunaan kapasiti penjagaan kesihatan mengalami tekanan – berserta tekanan terhadap harga akibat kekangan bekalan, ini mungkin boleh menjejaskan sentimen dan perbelanjaan sebenar,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku keempat 2021, yang diadakan secara maya hari ini.

Pada tahun 2021, purata inflasi keseluruhan adalah 2.5 peratus berbanding -1.2 peratus pada 2020, manakala inflasi teras mencatatkan purata sebanyak 0.7 peratus daripada 1.1 peratus pada 2020.

Nor Shamsiah turut mengetepikan kebimbangan Malaysia memasuki fasa hiperinflasi sambil menyatakan stagflasi ala-1974 tidak mungkin berlaku.

“Sekiranya kita mengimbas kembali dalam tempoh 30 tahun lepas, kadar inflasi tertinggi yang kita pernah lihat ialah kira-kira 8.5 peratus pada Julai-Ogos 2008 apabila harga minyak meningkat dua kali ganda kepada hampir US$150 setong daripada US$74 setong tahun sebelumnya,” katanya.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar, menyusut lagi
October 13, 2023· Isu semasa
Pegawai penyiasat 1MDB beri keterangan esok dalam kes pengubahan wang haram Najib
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok