Ratusan rumah rosak dilanda puting beliung di Ipoh

January 31, 2022 · Isu semasa

Ratusan rumah rosak teruk akibat kejadian angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan, termasuk sekitar Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai di Ipoh petang semalam.

Kejadian itu menyebabkan rata-rata penduduk di Kampung Tawas yang kebanyakannya didiami masyarakat Cina menzahirkan rasa sedih kerana bakal menyambut tahun baharu hanya dua hari lagi, lapor Bernama.

Menurut seorang mangsa Teoh Boh Chee, 60-an, beliau terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi angin kuat pada kira-kira jam 6 petang.

“Saya sedang memasak ketika itu dan melihat sendiri bumbung rumah tercabut lalu diterbangkan angin.

“Saya tidak tahu apa perlu dilakukan kerana Tahun Baharu Cina hanya dua hari lagi…bagaimana kami hendak menyambutnya dalam keadaan begini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, seorang peniaga Yong Chee Fong, 35, berkata beliau bersyukur kerana 10 pelanggan dan beberapa orang pekerja yang berada di kedai makannya terselamat daripada kejadian bumbung runtuh akibat kejadian ribut berkenaan.

“Sudah 10 tahun saya berniaga makanan di sini, tetapi ini pertama kali terjadi ribut yang teruk dan banyak peralatan di kedai rosak,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mita Devi, 36, berkata dia melihat sendiri kejadian ‘puting beliung’ yang berlaku kira-kira 20 minit dan menerbangkan atap rumah.

“Saya hanya mampu berdoa agar kami sekeluarga terselamat dan syukurlah rumah kami tidak mengalami kerosakan terlalu teruk,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ketika melawat lokasi kejadian berkata semua mangsa terlibat diminta membuat laporan polis bagi memudahkan proses menyaluran bantuan kewangan daripada pejabatnya dan kerajaan negeri.

“Kita anggarkan ratusan rumah yang terlibat di dua kawasan ini, jadi diharapkan mangsa buat laporan polis segera supaya memperoleh bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.40 petang dan segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh ke lokasi terlibat.

Beliau berkata bencana itu turut menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang dan kerosakan rumah penduduk namun tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Keadaan dalam sebuah rumah yang dilanda puting beliung di Ipoh petang semalam. – Gambar FB

Berita berkaitan
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan
November 10, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Melancong, beriadah redakan stres
February 15, 2023
Banglo RM7.8 juta tular di Sik : Pemilik tampil jelaskan
July 14, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok