SPRM tahan dua CEO kes kapal tempur TLDM RM9.128 bilion

January 26, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat susulan penemuan petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) oleh Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Menurut sumber SPRM, individu yang masing-masing berusia 49 dan 79 tahun adalah CEO syarikat yang terlibat dalam projek tersebut ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang kelmarin, lapor Bernama.

Sumber itu berkata kedua-dua individu itu disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.

Salah seorang daripada mereka juga disyaki menerima rasuah daripada subkontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut, menurut sumber itu.

Sumber itu berkata siasatan kes tersebut tertumpu kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan baharu itu.

Pada 21 November lalu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM), Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dengan RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal tersebut secara serentak.

Untuk rekod, enam LCS kelas Frigat akan dilengkapi peralatan dan sistem untuk peperangan empat dimensi antaranya sistem Surface to Air Missile (SAM), Surface to Surface Missile (SSM), Medium Caliber Gun (MCG), Small Caliber Gun (SCG), Towed Array Sonar (TAS), Torpedo dan juga Decoy Launching System (DLS) yang canggih.

Selain itu, LCS yang diperolehi ini mempunyai reka bentuk stealth yang moden dan bakal memenuhi keupayaan pertahanan abad ke-21. Perolehan ini akan turut mengukuhkan TLDM sebagai sebuah angkatan laut yang kredibel di rantau Asia Tenggara dan antarabangsa.

Bagaimanapun, hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.

Pada penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat pada 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Menteri Pertahanan, berkata kerajaan setakat ini menolak pilihan penyelesaian pertama bagi merungkai isu berkaitan pembinaan (LCS) iaitu melantik Naval Group France sebagai kontraktor penyelamat untuk menyiapkan sekurang-kurangnya dua unit LCS.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
9 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok