Ekonomi Malaysia dijangka berkembang perlahan tahun ini, kata pakar

January 25, 2022 · Isu semasa

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar perlahan tahun ini ketika negara mula pulih beransur-ansur daripada langkah dan dasar yang dilaksanakan semasa perintah kawalan pergerakan, kata seorang ahli ekonomi.

Profesor di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Geoffrey Williams berkata meskipun negara bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi, namun angkanya dijangka tidak optimistik seperti yang diramalkan oleh ahli ekonomi antarabangsa berikutan pelbagai faktor termasuk dasar sekatan pergerakan, menurut laporan Bernama.

“Ia mungkin sekitar 3.5 peratus kerana dasar sekatan pergerakan telah menjejaskan semua aspek ekonomi domestik dan kita telah melihat gaji purata dan median menyusut,” katanya.

Williams berkata demikian semasa Forum Prospek Ekonomi dan Strategik Malaysia 2022 mengenai tajuk ‘State of the Nation: Understanding Opportunities and Risks in 2022 To Build Back Better’.

Beliau berkata pelaburan domestik sebagai sebahagian daripada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia terus menurun — aliran yang berterusan sejak 2016 — manakala hutang pengguna dan isi rumah terus meningkat manakala akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkurangan dengan ketara.

“Faktor-faktor ini memberi impak struktur yang ketara ke atas ekonomi dan sehubungan itu, kami tidak menjangkakan sebarang lantunan semula ekonomi yang signifikan tetapi pemulihan ekonomi yang agak perlahan, tentatif dan rapuh,” katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya berlaku peningkatan kes varian Omicron dan kerajaan mengambil langkah yang agresif, situasi seperti 2020 akan berulang kembali apabila negara bermula dengan positif dengan unjuran pertumbuhan yang tinggi namun mengakhiri tahun itu dengan pertumbuhan negatif akibat daripada pandemik Covid-19.

Mengulas mengenai kadar inflasi negara, Williams berkata faktor-faktor luaran seperti harga minyak dan impak daripada sekatan pergerakan telah membawa kepada peningkatan inflasi pada awal 2021.

“Kita tidak boleh berbuat apa-apa dengan faktor luaran yang di luar kawalan kita, namun, sekatan pergerakan telah menjejaskan rantaian bekalan dan ini sebahagiannya disebabkan oleh pelbagai dasar dari segi kawalan harga dan penghapusan kawalan harga, yang memberi kesan kepada inflasi keseluruhan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tanpa mengambil kira inflasi teras, kadar inflasi adalah sederhana dan menjangkakan inflasi keseluruhan menyusut.

“Kami menjangkakan inflasi berada sekitar 1.6 peratus, ia mungkin meningkat perlahan-lahan tetapi ia akan berada di bawah dua peratus menjelang akhir 2022,” katanya.

Beliau berkata, dari segi inflasi keseluruhan, ia dijangka turun naik, tetapi lebih rendah berbanding tahun 2020 dan 2021.

“Kami menjangkakan ia kembali normal sekitar dua peratus,” katanya.

Sementara itu, mengenai impak Bajet 2022, Williams memberi penekanan tentang kepentingan menubuhkan sebuah institusi fiskal bebas di negara ini bagi membantu memahami impak perbincangan bajet daripada perspektif forensik yang akan melapor terus kepada parlimen dan juga rakyat.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
164 kes baharu, satu kematian
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
10 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok