5 kluster baharu pendidikan semalam

January 25, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan daripada sembilan kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam semalam, lima membabitkan kluster berkaitan pendidikan.

Kluster pendidikan itu dikesan masing-masing dua di Kelantan serta Kedah dan satu di Melaka, yang keseluruhannya melibatkan 116 kes positif Covid-19, lapor KKM menerusi laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi.

Di Kelantan, dua kluster pendidikan melibatkan Kluster Jalan Merbau Kota Bharu yang menular di daerah Kota Bharu dan Pasir Puteh membabitkan lapan kes dan Kluster Jalan Lepah di Pasir Puteh dengan 17 kes positif.

Kedah pula melibatkan Kluster Dah Jalan Stadium merangkumi daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Langkawi, melibatkan 56 kes positif, serta Kluster Dah Batu 16, Yan (19 kes).

Melaka turut mencatat satu kluster pendidikan iaitu Kluster Jalan Pengkalan Batu di Melaka Tengah yang melibatkan 16 kes.

Sementara itu empat lagi kluster yang dikesan semalam membabitkan tempat kerja iaitu dua di Kuala Lumpur, dan masing-masing satu di Johor serta Pahang.

Kluster tempat kerja di Kuala Lumpur melihatkan Kluster Jalan Ampang 99 yang menular di Titiwangsa, Kepong, Cheras dan Lembah Pantai melibatkan sembilan kes; serta Kluster Jalan Bukit Jalil Indah di Cheras (tujuh kes).

Kluster Jalan Masjid Abu Bakar yang melibatkan Johor Bahru dan Tangkak pula membabitkan sembilan kes, manakala di Pahang ialah Kluster Jalan Maran Batu Satu, Temerloh (17 kes(.

Sehingga semalam, negara merekodkan 6,315 kluster Covid-19 dengan 6,081 daripadanya telah ditamatkan dan 234 masih aktif.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok