Lagi strategi baharu Najib dalam rayuan terakhir kes dana SRC

January 24, 2022 · Isu semasa

Bimbang berkemungkinan nasibnya berakhir dalam penjara, Datuk Seri Najib Razak mengambil strategi baharu bagi mempersiapkan pasukan pembelaannya pada pendengaran rayuan akhirnya berhubung penyelewengan dana dana SRC International Sdn Bhd, tujuh tahun lalu.

Untuk rekod, Najib yang juga bekas Perdana Menteri itu jika kalah dalam rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bakal berdepan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Terbaharu, Najib difahamkan bakal memfailkan permohonan agar dirinya diwakili Queen’s Counsel (QC) pada pendengaran rayuan nanti.

Queen’s Counsel merupakan peguam kanan yang paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul ketika dihubungi media selepas pengurusan kes itu yang dijalankan secara Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar, Siti Hajar Mustaffa, menurut laporan Utusan Malaysia.

“Tan Sri Shafee memaklumkan firma guamannya akan memfailkan permohonan untuk diwakili Queen’s Counsel di Mahkamah Persekutuan, esok.

“Pada prosiding hari ini juga, Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 dan 16 Mac ini untuk pendengaran permohonan Datuk Seri Najib untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuannya. Tarikh pendengaran rayuan utamanya masih belum ditentukan.

“Mahkamah menetapkan 28 Januari ini untuk pengurusan kes lanjutan,” kata Mohd. Ashrof.

Prosiding dalam talian itu turut dihadiri peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pada 8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International.

Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuan kes penyelewengan dana tersebut atas alasan tiada keadaan istimewa yang membolehkan keterangan baharu itu diterima.

Bukti baharu yang cuba dimasukkan dalam rayuan tersebut membabitkan penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok