Tak layak Zahid diberi imuniti, perbicaraan kes YAB bermula 26 April: Hakim

January 24, 2022 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak layak menerima imuniti pendakwaan mahkamah berhubung pendedahan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan transaksi melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti penghujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, Zahid tidak berhak mendapat imuniti daripada dikenakan pendakwaan di mahkamah.

Isu mengenai kekebalan itu dibangkitkan oleh pihak pembelaan ketika sesi penghujahan pada 6 September 2021 bahawa Zahid berhak menuntut perlindungan daripada pendakwaan mengikut Seksyen 30(7) Akta SPRM ekoran dua pernyataan yang diberikan pada 2018.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menjelaskan, seksyen berkenaan tidak menyediakan imuniti sebaliknya merupakan pengecualian atas budi bicara kepada individu yang membantu proses siasatan.

Demikian antara keputusan yang digariskan oleh Collin ketika memerintahkan bekas Timbalan Perdana Menteri membela diri terhadap kesemua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi yang diasaskan oleh beliau.

Mahkamah menetapkan keterangan bela diri Presiden UMNO itu didengar selama 39 hari bermula 26 April ini. Seramai kira-kira 20 orang saksi pembelaan dijangka memberi keterangan.

Prosiding ditetapkan pada 26 hingga 28 April; 23 hingga 26 Mei; 27 hingga 30 Jun; 4 hingga 7 Julai; 22, 23, 29 dan 30 Ogos; 19 hingga 22, 26 hingga 29 September, 17 hingga 20, 31 Oktober dan 1 hingga 3, 7 hingga 10 November ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang tiba di pekarangan mahkamah pukul 9.04 pagi, memilih memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Ketika mengumumkan keputusan pada akhir kes pendakwaan, Collin berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri.

Kata beliau, selepas membuat penilaian maksimum terhadap bukti keterangan yang dikemukakan, mahkamah memutuskan Zahid membela diri setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati dalam semua pertuduhan yang dikemukakan.

Zahid, 69, dibicarakan terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik YAB yang mana beliau juga merupakan pemegang amanahnya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok