PRN Johor: Khaled enggan tanding takut kalah, beri alasan lain

January 24, 2022 · Politik

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin hari ini berkata beliau tidak akan bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang tidak berhasrat menawarkan diri untuk bertanding pada PRN kali ini.

“Tidak, saya tidak akan bertanding dan tidak menawarkan diri untuk bertanding pada PRN Johor. Saya merasakan Datuk Hasni Mohammad melakukan kerja yang baik menerajui negeri,” katanya sebagaimana dilaporkan BH.

Menurut bekas Menteri Besar Johor itu beliau membuat keputusan berkenaan untuk memberi peluang kepada pemimpin muda.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 lalu Khaled tewas di kerusi DUN Permas dalam pertandingan empat penjuru. Beliau memperoleh 20,047 undi manakala calon PKR, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh (28,793); calon PAS, Ab Aziz Abdullah (4,181 undi) dan calon Bebas, Rohani Yaacob (113 undi).

Beliau juga kalah di kerusi Parlimen Pasir Gudang kepada calon PKR Hassan Karim.

Pemerhati politik menyifatkan kekalahan beliau berpunca daripada ‘kemarahan’ rakyat Malaysia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad yang membabitkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

“Kekalahan beliau di DUN Permas dan Parlimen Pasir Gudang pada 2018 bukan disebabkan masalah pentadbiran yang diterajuinya, tetapi berkaitan isu lebih besar melibatkan peringkat Pusat,” kata satu sumber UMNO Johor kepada Agenda Daily.

Sumber itu menambah Johor memerlukan kepimpinan Khaled yang dilihat lebih berwibawa daripada Menteri Besar (MB) sekarang Datuk Hasni Mohammad.

Malah, katanya hampir 80 peratus ketua-ketua UMNO bahagian di Johor mahukan Khaled bertanding dan kemudian menjadi MB sekali lagi.

Tapi boleh jadi juga dia takut kalah sekali lagi sebagaimana dialami pada 2018 lalu, kata sumber itu sambil dia sendiri tidak yakin Khaled takut mengalami kekalahan kerana bekas MB Johor itu kini dilihat begitu berkuasa di Johor, apa lagi sebagai Naib Presiden UMNO.

PRN Johor bakal diadakan setelah Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membubarkan DUN berkuat kuasa kelmarin, susulan permohonan daripada Hasni.

Ditanya mengenai Hasni, sumber itu mengakui kebolehan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu, tetapi 80 peratus ketua bahagian UMNO negeri dilihat lebih memihak kepada Khaled yang banyak berjasa kepada mereka.

“Khaled ini lebih tegas daripada Hasni yang dilihat berlembut dalam banyak hal, termasuk dari segi kerjasama politik dengan Bersatu dan PAS.

“Malah, sejak kebelakangan ini dia (Khaled) dilihat lebih kerap turun ke beberapa bahagian UMNO untuk memperkuatkan jentera parti bagi menghadapi PRN Johor,” kata sumber itu.

Untuk rekod, Hasni mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor ke-18 pada 28 Februari 2020, menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal.

“YAB Benut hanya dianggap ‘memangku’ jawatan MB sementara menunggu UMNO dan Khaled Nordin kembali.

“Malah, jika Khaled menang kerusi DUN Permas pada 2018, Hasni tidak akan menjadi MB sekarang ini,” kata sumber itu.

Berita berkaitan
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
PH Selangor bincang calon baharu bagi jawatan MB: Laporan
August 16, 2023· Politik
Ringgit dibuka rendah menjelang PRN enam negeri
August 9, 2023· Isu semasa
Pengundi muda perlu celik tanggungjawab mengundi, PRN penentu hala tuju negara
August 8, 2023· Politik
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok