Ringgit dibuka rendah menjelang PRN enam negeri

August 9, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kebanyakan pelabur mengelak daripada membuat keputusan besar menjelang hari pengundian pilihan raya di enam negeri di Malaysia minggu ini.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5860/5905 berbanding dolar AS daripada 4.5815/5845 ketika ditutup pada Selasa, menurut laporan Bernama.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS naik berbanding ringgit memandangkan peralihan meningkat itu dianggap sebagai tindak balas semula jadi dalam pasaran yang sebelum ini susut sebanyak 4.06 peratus bagi tempoh 26 Jun, 2023 hingga 31 Julai, 2023.

“Paras semasa 4.5800 adalah penting dalam konteks carta harian kerana ia menandakan titik rintangan utama. Paras ini bertepatan dengan titik pelepasan daripada garis aliran kenaikan berterusan pada carta yang sama.

“Daripada perspektif teknikal, jika pasangan mata wang USD/MYR berjaya melepasi nilai terendah yang dicatatkan dalam pergerakan lilin semalam, iaitu pada 4.5550, kemungkinan ada potensi untuk ia susut lagi, mungkin mencecah serendah 4.5050,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia mencatatkan penurunan yang lebih ketara berbanding jangkaan iaitu menguncup 2.2 peratus pada Jun.

“Penurunan ini menunjukkan permintaan luar yang semakin lemah untuk negara, memberi kesan kepada industri yang berorientasikan eksport.

“Oleh itu, ringgit Malaysia dijangka terus menunjukkan kelemahan berbanding dolar AS, memandangkan sentimen mengelak risiko boleh menguasai pasaran, membawa kepada peningkatan permintaan terhadap dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Ringgit juga diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1998/2032 daripada 3.2027/2050 ketika ditutup pada Selasa, serta tinggi berbanding euro kepada 5.0263/0312 daripada 5.0264/0297.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.8458/8515 daripada 5.8332/8370 semalam.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean lain.

Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4016/4054 daripada 3.4030/4055 semasa ditutup pada Selasa, dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.12/8.14 daripada 8.14/8.15.

Ringgit juga naik berbanding baht Thailand kepada 13.0808/0992 daripada 13.1050/1184 namun susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.3/301.7 daripada 301.0/301.3 pada penutupan dagangan semalam.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
15 jam lalu· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, susut hampiri RM4.70 berbanding dolar
22 jam lalu· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
21 jam lalu · Isu semasa
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok