Anwar terima nasihat Zahid, letak calon PKR lawan semua kerusi Bersatu?

January 24, 2022 · Politik

PKR dijangkakan bakal meletak semua calon mereka bertanding di semua kerusi yang dimenangi Bersatu, ia selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim difahamkan mencapai kata sepakat dengan anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jika PKR meletak semua calon mereka untuk melawan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, ia bakal mengakibatkan undi lebih banyak berpecah dan memberi laluan mudah kepada UMNO untuk menang lebih banyak kerusi.

Anwar sebenarnya masih mengadakan hubungan dengan Zahid, sama ada secara langsung atau menerusi orang tengah. Rakaman audio tular tahun lepas tidak menghalang mereka berdua berkomunikasi antara satu sama lain.

Malah sumber dalaman memberitahu, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu, dua pemimpin kanan PKR dihantar bertemu Presiden UMNO tersebut di pejabatnya sendiri.

Senario pertembungan banyak penjuru seperti dalam PRN Melaka lalu dijangka berulang di Johor, namun kali ini PKR mensasarkan kerusi yang dimenangi Bersatu dalam PRU-14 sebagai fokus utama untuk mereka lawan kerana beranggapan mampu menang di kerusi tersebut.

Anwar mungkin sudah diyakinkan Zahid untuk menumpukan kepada kerusi yang dimenangi Bersatu kerana kononnya PKR lebih berpeluang cerah untuk menang, walhal realitinya ia bakal menyaksikan banyak undi terpecah dan UMNO akan menang di kerusi yang mereka tewas kepada Bersatu sebelum ini.

Mengambil kira senario semasa pembahagian kerusi di Melaka, Anwar dijangka akan membuat keputusan mengikut suka hatinya dan mungkin lebih suka mendengar nasihat anak muridnya, Zahid tetapi tidak melihat kepada realiti sebenar.

Realiti sebenar, Zahid hanya memancing cikgunya tersebut supaya menuruti telunjuknya kerana mengetahui pertandingan banyak penjuru akan memberi kelebihan kepada UMNO untuk menang lebih banyak kerusi.

Dua keputusan Ketua Pembangkang itu sebelum ini, iaitu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan kemudiaan meletak bekas wakil UMNO bertanding atas tiket PKR di Melaka mengakibatkan pengundi pembangkang marah dan rasa tidak puas hati itu ditunjukkan dalam dua PRN di Melaka dan Sarawak.

PRN Melaka dan Sarawak jelas menunjukkan penyokong pembangkang tidak keluar mengundi kerana marah dengan keputusan Anwar tersebut dan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) menerima kekalahan yang memalukan.

Jumlah peratusan keluar mengundi yang sangat rendah adalah manifestasi jelas penyokong pembangkang betul-betul marah dengan Anwar, namun ia seakan-akan dipandang remeh kerana masih berangan-angan mahu menjadi Perdana Menteri (PM).

Anwar sangat sayangkan jawatan Ketua Pembangkang kerana status tersebut memberinya kelebihan sama dengan Menteri kerajaan, pelbagai keistimewaan dan elaun yang dimilikinya sangat sayang untuk dilepaskan.

Untuk rekod, semasa berada dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), Bersatu memiliki 11 kerusi iaitu DUN Gambir, Puteri Wangsa, Tenang, Kempas, Bukit Kepong, Bukit Permai, Larkin, Permas, Sedili, Johor Lama dan Endau.

Bersatu menang lapan kerusi DUN daripada 17 kerusi yang ditandinginya, kebanyakkan calon Bersatu diletak melawan UMNO yang majoritinya pengundi Melayu.

Sekurang-kurangnya lima kerusi yang dimenangi Bersatu semasa PRU-14 dianggap menang dengan majoriti yang tipis dan UMNO sangat yakin akan dapat kembali merampas kerusi tersebut jika berlaku pertembungan banyak penjuru.

Keberangkali sangat tinggi PKR atau Amanah bakal meletak calon mereka di lima kerusi tersebut dengan harapan akan menang, namun realitinya ia hanya menyebabkan lebih banyak undi berpecah dan UMNO akan menang dengan sokongan pengundi setia mereka.

Dengan andaian pengundi bukan Melayu tidak akan menyokong Bersatu, PKR dan Amanah pastinya beranggapan sokongan pengundi bukan Melayu akan memihak kepada mereka sekaligus akan memberi kemenangan kepada PH.

Untuk rekod, Bersatu semasa PRU-14 lalu mendapat sokongan tinggi bukan kaum Melayu sebanyak 133,550 berbanding undi Melayu hanya sebanyak 81,150.

Bagaimanapun, PH perlu mengambil iktibar dalam PRN Melaka disebabkan terlalu yakin kepada sokongan bukan Melayu sehingga tumbang di kerusi mereka menangi semasa PRU-14 lalu.

Semasa PRN Melaka, PKR menerima tamparan hebat apabila tewas semua kerusi ditandinginya walaupun meletakkan calon paling ramai berbanding sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).

DAP juga terkena tempias apabila hilang empat kerusi yang disandangnya dan hanya menang empat kerusi DUN Melaka, ia jelas terdapat penolakkan pengundi bukan Melayu.

Dapatan analisa PRN mendapati, Barisan Nasional (BN) hanya peroleh 39% undi popular sahaja (kenaikan 1.1% sahaja), sementara undi PH merosot teruk daripada 51% kepada 36% sahaja (akibat kadar turun mengundi rendah), dan Perikatan Nasional (PN) yang baharu sahaja masuk gelanggang pilihan raya sudah mempunyai 25% undi popular.

Jika PH mengandaikan sokongan kaum bukan Melayu masih menyebelahi mereka dalam PRU-14 lalu, mereka membuat penilaian yang salah dan jumlah undi popular memberikan gambaran yang sama bakal berulang di Johor nanti.

Namun, jika Anwar masih mahu DAP dan Amanah mengikut telunjuk strateginya, maka tidak mustahil satu lagi malapetaka akan dihadapi mereka dan bakal menerima kekalahan yang teruk.

Kesimpulannya, UMNO akan menang besar hasil daripada bantuan Anwar yang akan meletak semua calon PKR bagi melawan semua calon Bersatu sehingga menyebabkan undi berpecah.

Undi berpecah hanya akan menguntungkan UMNO dan mungkin Anwar lebih rela melihat anak muridnya kembali berkuasa nanti.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
17 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kerajaan PH-BN jangan sombong, rakyat mahu keluar wang KWSP
February 20, 2023
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok