Perhimpunan baju hitam di ibu kota didalangi ahli politik, NGO disiasat polis

January 23, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penglibatan beberapa Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam perhimpunan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) di Bangsar pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan akan dijalankan mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012 selain Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), menurut laporan Bernama.

Amihizam dalam satu kenyataan hari ini berkata peserta perhimpunan seramai kira-kira 50 orang yang memakai baju hitam mula berkumpul di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar sejak pukul jam 10.45 pagi.

“Pada kira-kira jam 11.45 pagi, jumlah peserta perhimpunan dianggarkan seramai 400 orang mula berarak dengan membawa kain rentang bercetak “Tangkap” ke Jalan Travers sehingga di persimpangan lampu isyarat ke Pekan Brickfields,” katanya.

Menurutnya kesemua peserta perhimpunan kemudian bergerak kembali ke Stesen LRT Bangsar dan bersurai secara berperingkat selepas 30 minit setelah ketua perhimpunan memberi ucapan.

Amihizam berkata seramai 21 pegawai polis dan 205 anggota dari pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) terlibat mengawasi perhimpunan itu.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok