Kerajaan belum buat keputusan penularan Covid-19 di sekolah

January 22, 2022 · Isu semasa

Sebarang keputusan berkaitan sesi pembelajaran penggal ketiga 2021/2022 yang berlangsung sekarang, akan diputuskan segera, susulan peningkatan kes Covid-19 membabitkan sekolah.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Kementerian Pendidikan sudah diarah membentangkan laporan berkaitan kes positif Covid-19 di sekolah kepada jawatankuasa protem untuk tindakan lanjut.

Mengulas penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat di institusi pendidikan sekarang ini, beliau menjelaskan kerajaan akan menunggu laporan terperinci daripada jawatankuasa protem untuk menentukan sebarang pertimbangan.

Khamis lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan sejak minggu pertama tahun ini hingga 19 Januari 2022, terdapat sejumlah 52 kluster pendidikan, melibatkan 30 kluster atau 57.7 peratus daripadanya sekolah menengah.

Daripada 30 sekolah menengah tersebut, 27 sekolah atau 90.0 peratus melibatkan sekolah berasrama.

Menurut KKM, sesi persekolahan telah bermula pada 9 Januari 2022 dan 10 Januari 2022 mengikut negeri-negeri tertentu. Perkumpulan ramai ini telah meningkatkan risiko penularan jangkitan menyebabkan jumlah kluster di sekolah pada minggu pertama persekolahan sebanyak 15 kluster.

Pada minggu kedua persekolahan bilangan kluster pendidikan meningkat sekali ganda kepada 33 kluster. Semua negeri ada melaporkan kluster kecuali Perlis, Terenggau, Sarawak dan WP Labuan.

Bagi 52 kluster pendidikan yang dilaporkan sejak minggu pertama 2022, siasatan mendapati 44 kluster dengan kes indeksnya adalah pelajar, lima kluster di mana indeks kes adalah guru atau pensyarah, dan tiga kluster yang staf sokongan pusat pendidikan sebagai indeks.

Semalam, sebanyak 11 daripada 12 kluster baharu Covid-19 yang dikesan melibatkan kluster berkaitan pendidikan. Berita berkaitan

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata kerajaan sukar membuat pertimbangan apabila sekolah mula dibuka seperti ini, namun ibu bapa juga bimbang masa depan anak mereka jika sekolah ditutup.

“Pelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) juga ada yang tidak dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat, beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.

“Isunya sekarang kes meningkat tinggi dan mendadak, saya sudah meminta supaya Kementerian Pendidikan membentangkan kepada jawatankuasa protem. Perkara ini perlu disegerakan untuk kita buat keputusan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok