11 daripada 12 kluster Covid-19 semalam libatkan pendidikan

January 22, 2022 · Isu semasa

Kluster berkaitan pendidikan terus menjadi penyumbang kepada kes harian Covid-19, susulan pembukaan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 awal bulan ini, walaupun peraturan ketat terus dilaksanakan.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi, sebanyak 11 daripada 12 kluster baharu yang dikesan semalam, melibatkan kategori pendidikan

Kluster berkaitan pendidikan itu dilaporkan di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur, dan Pahang.

Di Negeri Sembilan, tiga kluster pendidikan dikesan iaitu Kluster Paya Utama di Daerah Port Dickson melibatkan 22 kes; Kluster Jalan Pantai Cunningham (Port Dickson – 12 kes); dan Kluster Bukit Merbah (Seremban, Port Dickson – 38 kes).

Kuala Lumpur pula merekodkan dua kluster iaitu Kluster Kasturi Sungai Besi di Cheras melibatkan 16 kes, dan Kluster Jalan Empat Teratai (Titiwangsa – enam kes).

Pahang turut mencatat dua kluster pendidikan iaitu Kluster Km 4 Jalan Kuala Lumpur – Bentong di Daerah bentong dengan 28 kes, dan Kluster Simpang Sepayang (Rompin – sembilan kes).

Kelantan juga merekodkan dua kluster pendidikan iaitu Kluster Jalan Pangkal Kalong di Kota Bharu membabitkan lima kes, dan Kluster Kampung Tujuh Tumpat (Tumpat – 31 kes).

Selangor merekodkan satu kluster pendidikan iaitu Kluster Selekoh Batu Empat yang melibatkan Daerah Sabak Bernam serta Kuala Selangor dengan 19 kes, manakala di Johor ialah Kluster Tampok Benut (Pontian dan Johor Bahru – 67 kes).

Keseluruhannya seramai 252 individu daripada kluster berkaitan pendidikan dijangkiti Covid-19, semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok