Dana 1MDB: Bukit Aman sahkan ambil keterangan suami, anak Zeti

April 16, 2021 · Isu semasa

Polis mengesahkan mengambil keterangan daripada suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan dana dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJN) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, Datuk Dr Tawfiq Ayman dan anak lelakinya hadir memberi keterangan kepada polis.

Dalam satu kenyataan malam tadi, beliau berkata, berikutan laporan beberapa media elektronik pada Khamis, JSJN mengesahkan kedua-duanya hadir memberi keterangan kepada polis.

“Rakaman percakapan telah diambil di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.

Zainuddin berkata, polis menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan selesai dijalankan dan seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan.

Pada bulan lepas, media melaporkan PDRM mengesahkan bahawa siasatan terhadap Tawfiq berhubung dakwaan penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dalam akaun bank miliknya di Singapura masih berjalan.

Sebelum ini, Zeti dilaporkan menafikan dakwaan bahawa keluarganya terbabit dalam skandal 1MDB.

Zainuddin dilaporkan berkata memandangkan siasatan kes ini melibatkan keterangan di Malaysia dan juga di luar negara, PDRM mengambil tindakan susulan mengikut Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan di luar negara.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
48 minit lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
53 minit lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok