Long Tiger didakwa esok

January 19, 2022 · Isu semasa

Prosiding pendakwaan terhadap penjenayah Rohingya, Abd Hamim Ab Hamid dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, ditangguhkan kepada esok.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata prosiding pendakwaan terhadap Long Tiger yang sepatutnya dibuat di Mahkamah Majistret Tangkak hari ini ditangguhkan.

“Polis cuma dimaklumkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk melakukan prosiding pendakwaan pada esok,” katanya, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, Abd Hamim akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

“Long Tiger dijangka didakwa 19 Januari ini di Tangkak selepas perintah tahanan remannya berakhir,” katanya.

Pada 6 Januari, Abd Hamim, 33, dilaporkan masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula 5 Januari sehingga semalam.

Long Tiger dilaporkan meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, dipercayai dalam perjalanan menyelinap ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, Kedah, pada 28 Disember.

Long Tiger meloloskan diri melalui pintu hadapan mahkamah ketika menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Muar.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
7 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok