Polis lengkap siasatan ADUN DAP terlibat dadah

January 15, 2022 · Isu semasa

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak kerana positif dadah, dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, Pulau Pinang, dua hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata pihaknya ketika ini sedang menunggu laporan daripada patologi, berhubung sampel air kencing ADUN berusia 54 tahun berkenaan bagi melengkapkan kertas siasatan, lapor Bernama.

“ADUN itu telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam, kami sekarang ini sedang tunggu laporan daripada patologi untuk melengkapkan kertas siasatan kes itu, dan seterusnya ia (kertas siasatan) akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu hadapan,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang ADUN dari Perak ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di Perai kelmain kerana disyaki positif dadah.

Selain ADUN berusia 50-an berkenaan, turut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu ialah 36 individu lain iaitu 28 lelaki dan lapan wanita kerana disyaki positif dadah.

Sementara itu, Mustafa Kamal berkata dua anggota polis masing-masing dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Perak yang turut ditahan dalam serbuan berkenaan kerana positif dadah juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya semua 36 individu yang ditahan kerana positif dadah dalam serbuan itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Terdahulu, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming telah meminta ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu memberi laporan bertulis berhubung penahanannya itu.

Kata Kor Ming laporan lengkap itu diperlukan supaya pimpinan parti baik di peringkat negeri mahupun Pusat dimaklumkan mengenai situasi sebenar yang berlaku.

Berita berkaitan

Berita berkaitan
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok