Kes dadah: Gesa ADUN letak jawatan, tapi Najib bagaimana?

January 15, 2022 · Isu semasa

Beberapa netizen telah menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu supaya meletak jawatan susulan penahanannya berkaitan kes dadah di Perai, Pulau Pinang, Khamis lalu.

Mereka berpendapat sebagai wakil rakyat, ADUN berkenaan wajar menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat, bukannya terlibat dengan sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan undang-undang.

Netizen turut mengecam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin atasan parti itu yang masih berdiam berhubung isu yang melibatkan wakil rakyat DAP.

Bagaimanapun, tinjauan Agenda Daily dalam laman sosial yang menyiarkan kes Naidu ditahan kerana dadah itu, juga mendapati ada netizen yang turut mempertikaikan komen menggesa ADUN itu meletak jawatan.

Netizen mengaitkan gesaan meletak jawatan itu dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah didapati bersalah oleh mahkamah berhubung dana RM42 juta milik SRC International Berhad.

“Letak jawatan ADUN lah… eh.. Najib kena penjara tak letak jawatan pun,” tulis netizen.

Sebelum ini, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan menolak rayuan Najib bagi membatalkan hukuman penjara dan denda dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas mendapati permohonan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Keputusan sebulat suara dibuat panel tiga Hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar dan bersesuaian.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

Semalam, media melaporkan seorang ADUN dari Perak ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di Perai kelmain kerana disyaki positif dadah.

Selain ADUN berusia 50-an berkenaan, turut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu ialah 35 individu lain iaitu 28 lelaki dan lapan wanita kerana disyaki positif dadah.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming telah meminta Naidu memberi laporan bertulis berhubung penahanannya itu.

Kata Kor Ming laporan lengkap itu diperlukan supaya pimpinan parti baik di peringkat negeri mahupun Pusat dimaklumkan mengenai situasi sebenar yang berlaku.

“Beliau sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Kita juga sudah meminta beliau mengemukakan laporan bertulis berhubung kejadian itu kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
6 pelajar MRSM di Kuala Kangsar positif Covid-19
December 2, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok