Kemasukan tanpa pemeriksaan Labuan ke Sabah akan berakhir

January 15, 2022 · Isu semasa

Kelemahan dalam membenarkan aliran bebas penumpang memasuki Sabah dari Labuan tidak akan menjadi masalah lagi pada masa hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili.

Menurutnya Jabatan Imigresen Sabah dan Labuan memberi jaminan kelemahan yang membolehkan individu untuk memasuki Sabah menerusi Labuan tanpa sebarang pemeriksaan akan diatasi, lapor Bernama.

Katanya kedua-dua Jabatan Imigresen telah memberi jaminan kepada beliau bahawa mereka bersedia mengambil langkah sepatutnya untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan bagi melindungi hak imigresen Sabah sekiranya kerajaan negeri menuntut hak dan kuasa penuhnya seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kami melihat terdapat kelemahan imigresen antara Labuan dan pintu masuk ke Sabah melalui Terminal Feri Menumbok dan Jesselton Point, dan tidak ada pegawai imigresen ditempatkan di lokasi itu.

Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) telah membangkitkan isu ini kerana khuatir terdapat individu yang menyalahgunakan kelemahan ini untuk masuk dan keluar Sabah tanpa pemeriksaan, rekod dan dokumentasi yang sah,” kata Ongkili dalam satu kenyataan selepas bermesyuarat dengan pegawai kanan jabatan itu di Labuan, semalam.

Beliau berkata hak imigresen Sabah telah dikurangkan selepas Labuan menjadi Wilayah Persekutuan ketika zaman Kerajaan Berjaya pada tahun 1984 dan peraturan imigresen membenarkan kemasukan individu antara Semenanjung dan Sabah, melalui Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun semasa mesyuarat itu Jabatan Imigresen berkata mereka bersedia untuk mengkaji dan bertindak mengikut keputusan yang dicapai Kerajaan Sabah mengenai perkara itu,” katanya.

Ongkili berkata Majlis Khas mengenai MA63 (MKMA63), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membantu dalam membuat keputusan, sekiranya Kerajaan Sabah membawa perkara itu pada mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.

“Dalam kes hak Imigresen Sarawak, ia adalah satu daripada empat hak MA63 yang diisytiharkan sebagai tidak boleh dirunding dan negeri mempunyai kuasa dan kawalan yang penuh,” katanya.

Berita berkaitan
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
21 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok