Prosiding dalam talian, mahkamah perlu ikut arus teknologi: Ketua Hakim Negara

January 14, 2022 · Isu semasa

Prosiding secara dalam talian bukan satu isu yang perlu dipolemikkan kerana mahkamah juga perlu mengikut arus kemajuan teknologi semasa, kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Walaupun terdapat persoalan timbul oleh sesetengah pihak yang mahu prosiding mahkamah kembali kepada cara lama menerusi fizikal, namun kemajuan teknologi perlu dimanfaatkan bukan semata-mata untuk menangani pandemik Covid-19 tetapi boleh juga dalam bidang lain.

“Kemunculan perbicaraan dalam talian bukan hanya satu cara untuk menangani pandemik tetapi ciri ia adalah kekal sistem keadilan kita.

“Oleh itu, tiada persoalan ‘berbalik’ (kaedah lama fizikal),” katanya ketika berucap semasa Pembukaan Tahun Undang-Undang 2022 di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.

Jelasnya, badan kehakiman juga perlu menggunakannya selaras dengan perkembangan semasa.

Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Seramai 430 jemputan hadir dalam majlis ini iaitu 80 secara fizikal manakala selebihnya secara dalam talian.

Antara yang hadir menerusi aplikasi Zoom ialah Ketua Mahkamah Agung Republik Indonesia, Profesor Dr. Muhammad Syarifuddin; Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung Filipina, Alexander G Gesmundo dan Ketua Hakim Syarie Malaysia, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Terdahulu, Tengku Maimun berkata, apabila wabak itu mula-mula melanda pada Mac 2020, mahkamah terpaksa meneruskan kes dalam talian untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak, tertakluk kepada kepentingan keadilan kerana tidak ada undang-undang yang jelas menetapkan bahawa pendengaran atau perbicaraan dalam talian dibenarkan di mahkamah.

Beliau berkata, kini Parlimen secara afirmatif campur tangan untuk membenarkan perbicaraan secara dalam talian tanpa mengira persetujuan, namun masih tertakluk kepada kepentingan keadilan

“Perubahan penting dalam undang-undang yang membenarkan prosiding dalam talian dibuat melalui Seksyen 15A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menyatakan bahawa mahkamah boleh menjalankan kes sivil dan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh,” kata beliau lagi.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok