97.8 peratus individu dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

January 13, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 97.8 peratus atau 22,893,234 populasi dewasa negara kini telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dlancarkan 24 Februari tahun lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 99.0 peratus atau 23,175,181 individu dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dus dos atau vaksin dos tunggal.

Sementara itu, sejak Oktober lalu pula sebanyak 36.5 peratus atau 8,539,533 individu dewasa, terutama warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, telah menerima suntikan dos penggalak.

Manakala bermula 8 September tahun lalu hingga semalam, 88.0 peratus atau 2,770,412 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin.

Menurut statistik laman sesawang kendalian KKM, Covidnow yang dikemas kini pagi ini, seramai 90.8 peratus atau 2,858,992 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sehingga semalam, lebih 60.03 juta dos vaksin telah diberikan, dengan 78.6 peratus atau 25,663,646 individu telah lengkap divaksinasi.

Seramai 79.7 peratus atau 26,034,173 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, lapor KKM.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
18 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok