Bunuh dua beradik dalam insiden kebakaran, penganggur didakwa

January 12, 2022 · Isu semasa

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, atas dua pertuduhan membunuh dua beradik dalam satu insiden melibatkan kebakaran di rumah mereka di Kampung Baru Kundang, Rawang dekat sini, September lepas.

Mohd Fauzi Selamat, 46, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan, menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Fauzi didakwa membunuh seorang remaja perempuan, B. Diviyah, 19, dan adik lelakinya yang berumur tiga tahun, B. Visnu di rumah mereka di Jalan Tambahan 2, Kampung Baru Kundang, Rawang dekat sini, antara 10.10 pagi dan 10.40 pagi, pada 14 Sept 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Mac untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Turut hadir dalam prosiding itu, peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa Mahendren Naidu.

Ketika ditemui media di perkarangan mahkamah, ibu bapa mangsa P. Chitra devi dan T. Balan masing-masing berusia 48 tahun yang menangis teresak-esak berkata mereka mahu keadilan ke atas apa yang berlaku terhadap anak mereka.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok