Reman doktor palsukan sijil vaksin disambung hingga Khamis

January 11, 2022 · Isu semasa

Doktor swasta terlibat dalam penjualan sijil vaksin palsu Covid-19 disambung reman lagi sehingga Khamis.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang terhadap doktor berusia 51 tahun itu hari ini.

Lanjutan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu, suspek yang ditahan pada Sabtu lalu direman selama tiga hari sehingga hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek pada Sabtu.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September tahun lalu selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Dalam tempoh berkenaan, lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok