Tun M berjaya jalani prosedur elektif, makin pulih: IJN

January 9, 2022 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menjalani prosedur perubatan elektif dan kini semakin pulih, menurut kenyataan Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

IJN berkata prosedur yang dilakukan sepasukan doktor institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam, berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Beliau telah sedar dan bersemangat tinggi. Berdasarkan kepada perkembangan semasa klinikal, beliau dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam beberapa hari lagi,” menurut kenyataan IJN itu.

Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN pada 16 Disember tahun lalu untuk menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian lanjut sebelum dibenar keluar pada 23 Disember.

Bagaimanapun, pada 7 Januari lalu beliau dimasukkan semula ke IJN untuk prosedur perubatan elektif.

Berikutan prosedur operasi institusi itu, IJN memaklumkan pelawat tidak dibenarkan melawat Tun Dr Mahathir.

“Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ingin merakamkan ucapan terima kasih atas segala ucapan selamat, keprihatinan dan doa daripada orang ramai,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Rafizi seorang yang kuat, Saifuddin Nasution beri kata semangat
October 25, 2023· Politik
Serangan jantung, Rafizi kini stabil diberi rawatan: Dr Zaliha
October 21, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
21 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok