Rancang masa muda, harungi hari tua, bukan ikut puak akal sempit

January 7, 2022 · Isu semasa

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan mereka yang berakal sempit dan tidak berfikir untuk jangka masa panjang, dalam mengharungi hidup pada masa depan dan hari tua.

Menurutnya masyarakat sepatutnya mengurus ekonomi dengan baik dan melakukan perancangan ketika usia masih muda sebagai bekal untuk hidup di usia tua.

“Maka, jangan terpengaruh dengan kalangan mereka yang berakal sempit dan tidak berfikir untuk jangka masa yang panjang disebabkan mereka akan lebih menyusahkan rakyat pada masa hadapan dan kebanyakan rakyatnya pula jahil.

“Lebih malang lagi, mereka hanya berfikir untuk membeli rakyat dengan kesenangan jangka masa pendek dan membuli mereka pada masa hadapan. Kelakukan mereka hanya bagi mendapatkan sokongan tanpa merancang masa depan yang lebih mencabar.

“Sepatutnya ketika usia muda dirancang untuk mengharungi hidup pada masa tua, manakala ketika badan sihat untuk masa sakit dan bencana yang menimpa.

“Begitu juga, memanfaatkan waktu yang senang untuk menghadapi saat susah, dan bertugas untuk menghadapi masa bersara setelah tua dan uzur,” katanya memetik kisah Nabi Yusuf as dalam al-Quran Surah Yusuf ayat 47-49.

Ahli Parlimen Marang itu memberi nasihat sedemikian dipercayai merujuk kepada simpanan pencarum dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), yang menunjukkan angka membimbangkan, khususnya melibatkan Bumiputera.

Terdahulu KWSP berkata pengeluaran skim i-Lestari dan i-Sinar pada 2020, diikuti i-Citra pada Julai 2021, adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif itu telah diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.

Setakat Oktober 2021, sebanyak RM101 bilion dikeluarkan di bawah tiga skim pengeluaran itu. Ini adalah bersamaan 22 peratus daripada RM530 bilion pakej rangsangan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Walaupun skim pengeluaran itu memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli ketika pandemik dan PKP, ia menyebabkan 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka, yang mana 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang daripada RM1,000, sememangnya tahap yang tidak dapat menjamin persaraan ahli.

Majoriti mereka yang membuat pengeluaran kecemasan daripada KWSP adalah dalam kalangan Bumiputera. Hasil daripada pengeluaran itu, sebanyak 4.4 juta atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan dua juta atau 25 peratus mempunyai kurang daripada RM1,000.

KWSP dan Kementerian Kewangan telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung simpanan ahlinya, susulan desakan tidak henti-henti daripada pemimpin tertinggi UMNO supaya kerajaan membenarkan pengeluaran one-off RM10,000 skim i-Citra.

Desakan itu dimulakan Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki sebelum Oktober 2021 lalu, kononnya atas kehendak rakyat, dan kini bencana banjir pula menjadi alasan pengeluaran one-off itu mendapat sokongan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat keputusan kerajaan tidak akan membenarkan lagi pengeluaran simpanan KWSP setelah skim i-Citra tamat Disember lalu.

Kenyataan penuh di ruang RENCANA 

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok