26 kematian hari pertama 2022

January 2, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian pada hari pertama tahun baharu 2022 naik satu kes berbanding Jumaat 31 Disember 2021, kepada 26 kes semalam, melibatkan 10 daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kemas kini laman sesawang Covidnow tengah malam tadi memaklumkan, tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Angka terbaharu kematian semalam menjadikan keseluruhan sejak wabak Covid-19 melanda negara pada Februari 2020 lalu meningkat kepada 31,513 kes, termasuk 6,358 kes pesakit meninggal dunia sebelum sempat mendapat rawatan di hospital atau kes ’brought in death’ (BID).

Daripada keseluruhan kematian semalam, Kuala Lumpur merekodkan tujuh kes, termasuk dua kes BID menjadikan keseluruhannya 2,680 kes kematian direkodkan di Kuala Lumpur, dengan 688 daripadanya adalah kes BID.

Setakat ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 211,041 kes kumulatif positif, dengan sehingga semalam 205,372 pesakit telah sembuh, 2,989 kes dan 12 daripada 557 kluster, masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 2,750 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 214 dimasukkan ke hospital; dan 25 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Untuk rekod, tiada pesakit di PKRC.

Daripada 12 kluster yang aktif itu pula, sembilan membabitkan tempat kerja; kumpulan berisiko tinggi (dua); dan satu kluster berkaitan pendidikan.

Sehingga semalam, seramai 3,022,559 atau 94.2 peratus individu di Kuala Lumpur telah lengkap divaksinasi, 3,054,757 atau 95.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 741,180 menerima dos penggalak.

Bagi negeri-negeri lain pula, Selangor mencatat empat kematian diikuti masing-masing tiga di Pahang, Perak, dan Terengganu; Kedah (dua); dan masing-masing satu di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, serta Sarawak.

KKM juga memaklumkan keseluruhannya negara merekodkan 2,761,472 kes positif Covid-19 sejak awal 2020 hingga semalam, dengan 2,688,925 pesakit telah sembuh, dan 41,034 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 33,896 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,357 ditempatkan di PKRC; 3,508 dimasukkan ke hospital; dan 273 pesakit dirawat di ICU, dengan 159 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
12 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok