Pegawai Baitulmal didakwa salah guna kuasa, minta rasuah

April 14, 2021 · Isu semasa

Seorang pegawai Baitulmal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan kuasa bagi mendapatkan suapan membabitkan kerja pembekalan kepada asnaf, empat tahun lalu.

Mohd Hasbollah Ahmad, 36, yang bertugas di Pejabat Baitulmal Daerah Kuala Pilah, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Madihah Harullah, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan, Mohd Hasbollah didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan iaitu mengesahkan permohonan sebuah syarikat yang melaksanakan kerja pembekalan cenderahati bagi program bantuan Hari Raya kepada asnaf di sekitar Kuala Pilah.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Baitulmal Daerah Kuala Pilah pada 5 Jun 2017 dan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum di bawah seksyen 24 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi.

Mohd Hasbollah turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM4,178 kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di lokasi sama pada Jun 2017.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dengan sebat serta denda.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri pada minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan dan menetapkan 24 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hasryzal Badasary.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
7 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
7 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok