Abang Viva viral jadi inspirasi

December 27, 2021 · Isu semasa

Semangat Abang viva viral membantu mangsa banjir di Shah Alam, Selangor baru-baru ini menjadi tular dan memberi inspirasi kepada masyarakat.

Hanya berbekalkan RM50, Azwan Omar bergerak solo dari Melaka, dengan menaiki Viva dan membawa bot untuk misi membantu mangsa banjir di Shah Alam.

“Faktor cuaca saya tak ambil kira, paling penting nyawa banyak mangsa yang terperangkap dalam banjir.

“Saya hanya fikir nak selamatkan orang, nak bawa mereka keluar,” demikian mulianya hati Azwan.

Walaupun baru pertama kali terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir, namun Azwan tetap bertekad menyelamatkan seberapa ramai mangsa.

“Nak kata takut, memang saya takut tetapi saya kuatkan hati untuk pergi.

“Saya bertawakal sahaja. Kalau dah ajal, dekat mana-mana pun akan temu ajal,” katanya.

Sejak tiba di Selangor,  Azwan hanya sempat mengalas perut dengan roti dan air serta tidur dalam bot atau kereta sahaja.

Namun semua itu bukan penghalang bagi insan berhati mulia ini untuk terus berusaha keras memberikan bantuan.

Dalam pada itu, Azwan yang turut berkongsi pengalaman sedih membantu lima sekeluarga termasuk warga emas dan seorang bayi.

“Ikutkan pengalaman sedih memang banyak, salah satunya saya selamatkan satu keluarga lima orang, dua warga emas itu lumpuh, seorang bayi dan ibu bapanya,” katanya lagi.

Walaupun namanya kini ‘dijulang’ sebagai wira dalam media sosial tetapi Azwan tetap merendah diri.

“Jujurnya saya tak minta pun, tak nak jadi idola atau pujian terlampau tinggi sebab saya pun takut dengan pujian atau idola itu melunturkan keikhlasan untuk membantu.

“Saya bantu tak banyak pun. Apa sahaja yang saya boleh buat dengan bot kecil itu,” jelas Azwan.

Berdasarkan hantaran dalam sosial, selepas selesai misi bantuan di Selangor, Azwan kini bergerak pula ke Pahang.

Baru-baru ini ada seorang lelaki telah berkongsi video menunjukkan betapa terujanya dia apabila berpeluang untuk menaiki bot yang dibawa oleh ‘Abang Viva Viral’ itu sendiri.

Ada juga pengguna Twitter berkongsi antara bantuan yang diberikan oleh Encik Azman apabila dia menumpangkan pak ciknya menaiki bot untuk menghantar bantuan kepada abangnya yang masih terkandas di Sri Muda.

Tambah orang ramai lagi, pihak Perodua bolehlah berikan Encik Azman hadiah sebagai satu penghargaan kepadanya kerana beliau sanggup datang jauh dari Melaka dan pergi ke beberapa lokasi yang terjejas bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang masih terperangkap di rumah masing-masing.

Di dalam video tersebut, walaupun Azwan dipuji berkali-kali kerana tindakkannya memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia, namun beliau dengan rendah dirinya menyatakan masih ada orang lain lebih berbakti daripada dirinya.

“Tak ada maknanya bang. Ramai lagi yang lebih hero bang. Ramai lagi yang datang dari jauh-jauh,” kata ‘Abang Viva Viral’ itu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
18 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok