Isu klip audio: MKT akan bincang tindakan terhadap Zahid

April 14, 2021 · Politik

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dijangka diadakan bulan Ramadan ini dijangka membincangkan tindakan yang bakal diambil terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kontroversi klip audio yang tular baru-baru ini.

Sumber Agenda Daily memberitahu, suara akar umbi yang mahu penjelasan berhubung klip audio tersebut akan dibawa ke meja mesyuarat dan kemungkinan Ahli Majlis Tertinggi akan mendesak Zahid meletak jawatan atau mencadangkan pemangku sementara jawatan Presiden parti.

“Mesyuarat MKT akan mendengar suara akar umbi yang mendesak supaya Presiden memberikan penjelasan berhubung isu klip audio.

“Sejak tular klip tersebut, Zahid tidak memberikan penjelasan yang sewajarnya yang diharapkan dapat mengurangkan kekeliruan diperingkat akar umbi… ramai ahli-ahli UMNO di akar umbi yang sudah mula marah dan tidak berpuas hati dengan sikap berdolak-dalik Presiden,” kata sumber UMNO itu.

Satu ketetapan mungkin akan dibuat dalam mesyuarat kali ini, kemungkinan Zahid bakal berdepan satu tindakan tegas yang pahit untuk diterima tetapi isu klip audio tersebut sukar untuk dimaafkan oleh akar umbi, jelas sumber.

“Tindakan sama ada mendesak Zahid meletak jawatan atau mencari seseorang untuk memangku jawatan Presiden mungkin topik hangat yang akan dibangkitkan dalam mesyuarat nanti.

“Sekiranya tidak ada satu keputusan konkrit yang dibuat, kemungkinan UMNO akan karam… hal ini disebabkan banyak pergolakan dalaman akan menyebabkan UMNO semakin lemah,” katanya lagi.

Jika sebelum ini MKT dijangka akan hanya membincangkan berhubung pemilihan parti, bagaimanapun perkembangan senario politik semasa selepas tular klip audio menyebabkan banyak pihak mula memberi desakan yang lebih kuat terhadap Zahid.

Menurut sumber itu lagi, Zahid dilihat bimbang penentangan yang bakal dihadapinya dalam mesyuarat MKT nanti namun itu adalah realiti yang perlu dihadapinya dan beliau harus sedar dirinya sudah tidak lagi dihormati dalam parti.

“MKT akan dengar penjelasan Zahid, ia bergantung sejauh mana Zahid dapat menjernihkan keadaan yang sudah semakin keruh berpunca daripada penularan klip audio tersebut.

“Hampir setiap pelosok negara semua ahli UMNO mula membincangkan perbualan dalam klip audio tersebut… mereka nyata kecewa apabila Presiden sendiri sanggup bersekongkol dengan sebelah pihak sana (pembangkang),” katanya lagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu mesyuarat MKT akan diadakan pada bulan Ramadan, tetapi tarikh mesyuarat itu belum ditetapkan buat masa ini.

Mesyuarat MKT kali ini dianggap penting selepas perkembangan semasa berhubung kemelut dalaman UMNO ekoran penularan klip audio pakatan sulit antara Zahid dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahid dan Anwar kini sedang berdepan tekanan susulan penularan klip audio tersebut, mereka berdua juga pada awalnya mahu melaporkan kepada polis untuk menyiasat dalang penularan klip tersebut bagaimanapun pihak berkuasa berkata masih belum menerima sebarang laporan setakat ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok