PRU15: Ismail Sabri tegur UMNO jangan dahului kuasa Agong

December 18, 2021 · Politik

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegur beberapa pihak yang cuba menetapkan bila tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan kerana perkara itu ada kaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Walaupun tidak memberi teguran itu secara terus kepada UMNO, tetapi berdasarkan perkembangan terkini suasana politik negara, hanya parti itu yang paling banyak membangkitkan isu mendesak PRU15 diadakan segera.

Desakan semakin kuat apabila majoriti Pemuda dan Puteri UMNO bahagian meluluskan usul diadakan PRU15 sebelum pemilihan parti itu diadakan. Berita berkaitan 

Semalam, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan dan Setiausaha Puteri UMNO Asuma Beevi Mohamed Sali, masing-masing dilaporkan berkata pergerakan itu mengusulkan PRU15 diadakan sebelum pemilihan parti.

Desakan itu bermula apabila Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan mengeluarkan kenyataan beliau telah meminta Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO mengadakan PRU15 lebih awal, susulan kemenangan besar UMNO pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November lalu.

Namun, pada 11 Disember lalu Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan beliau tidak bersetuju PRU15 diadakan lebih awal – tidak sehingga menjelang penggal Parlimen ke-14 berakhir pada 2023. Berita berkaitan

Hari ini, ketika menggulung perbahasan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Pahang, beliau mengingatkan bukan hak mutlak PM untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU).

Katanya beliau lebih selesa berdiam diri apabila muncul persoalan dan desakan sama ada mengadakan pemilihan UMNO atau PRU15 dahulu.

Menurutnya walaupun sebagai PM beliau boleh memikirkan tarikh sesuai untuk membubarkan Parlimen, namun ia perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Bbubar Parlimen bukan hak mutlak Perdana Menteri kerana mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Jangan kita mendahului kuasa Seri Paduka dan jangan kita mendahului membuat kenyataan dalam perkara bidang kuasa Seri Paduka,” katanya.

Naib Presiden UMNO itu juga sebelum ini menegaskan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk mengadakan PRU15 kerana masih terdapat banyak ‘urusan yang belum selesai’, termasuk mengemudi negara keluar daripada krisis pandemik Covid-19 dan menjamin kestabilan politik.

Ismail Sabri juga berkata, kemenangan BN pada PRN Melaka baru-baru ini tidak boleh dijadikan tanda aras bagi kemenangan BN di seluruh negara dalam PRU15.

Sementara itu beliau berkata, UMNO perlu membuat keputusan mengenai kerjasama parti itu dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) supaya akar umbi tidak keliru.

Keputusan itu wajar diputuskan, sama ada menerusi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) atau pada Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Januari depan, katanya.

Berita berkaitan 

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok