PAC sekarang bukan seperti zaman Najib jadi PM boleh ubah keputusan

December 15, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh menepis tuduhan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung laporan penjualan lot tanah oleh kerajaan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya semua 14 anggota PAC, termasuk tiga daripada UMNO dan Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) sekarang menjalankan tanggungjawab dengan profesional.

Malah beliau membidas Najib bahawa anggota PAC sekarang bukan seperti ketika MP Pekan itu menjadi Perdana Menteri (PM).

“Kami professional. Jangan cuba memperlekehkan kami. PAC sekarang bukan macam PAC masa PM6 memerintah. PM7 tak campur tangan, PM8 tak campur tangan, PM9 tak campur tangan,” katanya dipercayai merujuk kepada campur tangan Najib dalam menyediakan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib, sebelum ini dituduh di mahkamah menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada PAC untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

PAC ketika Najib menjadi PM dipengerusikan MP Rompin daripada UMNO, Datuk Hasan Arifin.

Mengulas lanjut, Wong berkata beliau bersedia menjemput Najib hadir setiap kali mesyuarat PAC diadakan.

“Tak faham lagi, saya boleh jemput PM6 datang ke PAC setiap kali PAC bersidang, sekiranya kelulusan boleh diberikan oleh Speaker. Tapi jika nak datang jangan satu dua hari sahaja. Kena belajar bersungguh-sungguh, setiap minggu, setiap hari, jika PM6 ada masa luang tak turun naik Mahkamah,” kata Wong dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Najib mendakwa PAC yang diketuai DAP membuat kesimpulan bahawa mereka syaki pembelian tanah oleh BNM dari kerajaan pada 2017 di bawah kerajaan BN adalah untuk mendapat dana bagi pembiayaan Pelan Rasionalisasi 1MDB.

Kata Najib, PAC membuat kesimpulan ini setelah mendakwa harga yang dibayar BNM untuk tanah seluas 55.8 ekar adalah lebih tinggi iaitu RM2.07 bilion berbanding penilaian abatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebanyak RM1.42 bilion.

“Ini sebenarnya usaha DAP untuk meneruskan propaganda yang dimainkan mereka sejak tahun 2017 sebelum PRU14,” tuduh Najib lagi.

Bagaimanapun, Wong menjelaskan PAC bersikap profesional dan bergantung kepada penilaian JPPH bukannya pihak swasta semata-mata, selain mendapatkan pengesahan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan ke mana wang hasil jualan tanah itu pergi.

Menurutnya, adalah mudah bagi Najib untuk menuduh DAP meneruskan propaganda, tetapi tidak melihat kepada keahlian PAC itu.

“Senang sahaja PM6 untuk sebut DAP dalam jawapannya. PM6 kata “ini usaha DAP untuk meneruskan propaganda mereka”. Senang. Kaitkan DAP sahaja PM6 dapat lepas tangan.

“PM6 perlu tahu ini Laporan PAC bukan Laporan mana-mana Parti. PAC ada 14 ahli. 3 UMNO 3 PPBM 2 DAP 2 PAS 1 GPS 1 PKR 1 Amanah 1 Warisan,” kata Wong.

Katanya PAC membuat keputusan secara konsensus dan tidak bersikap ‘cari makan’ dalam membuat rumusan serta cadangan berhubung sesuatu isu.

“Dulu masa PM6 mungkin tak sama. PAC sekarang tidak bersikap “cari makan”. Pengerusi PAC sekarang tidak menyunting Laporan PAC yang telah setuju dan muktamad,” katanya.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
Popular
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok