Sumpah ‘tidak tahu’ Najib, jadi apakah yang Najib tahu?

December 9, 2021 · Isu semasa

Walaupun Mahkamah Rayuan sudah memutuskan Datuk Seri Najib Razak kekal bersalah atas perbuatan jenayahnya, namun bekas Perdana Menteri (PM) itu masih dengan taktik sama membuat sumpah ‘tidak tahu’.

Sumpah ‘tidak tahu’ Najib dengan menggunakan nama tuhan menunjukkan betapa tersepitnya beliau selepas keputusan semalam, seakan-akan hilang arah dan tidak tahu hala tujunya.

Harapan Najib dengan sumpah ‘tidak tahu’ adalah rakyat akan bersimpati dengan perbuatan jenayahnya yang sudah dibuktikan di mahkamah, sekurang-kurangnya masih terdapat makcik terpekik di luar mahkamah mendoakan bos mereka itu diselamatkan daripada pertuduhan tersebut.

Keputusan sudah dibuat Mahkamah Rayuan, lebih memalukan apabila Najib diherdik dengan label sebagai ‘national embarassment’ atau jika diterjemahkan ‘keaiban nasional’ yang menimbulkan kemarahan dan penghinaan kepada dirinya dan pasukan peguamnya.

Ia bukan suatu yang luar biasa Najib membuat sumpah ‘tidak tahu’, malah jawapan ‘tidak tahu’ seringkali diberikan Najib sepanjang perbicaraan melibatkan wang RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd (SRC) sebelum ini.

Pada 22 Januari 2020, semasa perbicaraan berlangsung, Najib yang disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram mengakui berbelanja menggunakan wang dalam RM42 juta dalam akaunnya tetapi ‘tidak tahu’ dari mana sumber wang tersebut.

Transkrip soal balas:

Sithambaram: Pada 26 Disember 2014, adakah kamu mengetahui wang RM27 juta masuk ke dalam akaun kamu?

Najib: Tidak

Sithambaram: Tetapi kamu membelanjakan setiap sen daripada wang itu?

Najib: Saya ingat itu wang CSR

Sithambaram: RM27 juta masuk dalam akaun kamu dan kamu belanjakan RM27 juta, ia sangat menakjubkan. Bagaimana kamu boleh belanjakan jumlah yang tepat jika kamu tidak tahu?

Najib: Saya tidak tahu itu wang milik SRC

Kesimpulannya disini, Najib ‘tidak tahu’ bagaimana wang tersebut boleh masuk ke akaunnya tetapi ‘tahu’ membelanjakannya.

Jadi, pelbagai andaian boleh dibuat dengan jawapan ‘tidak tahu’ Najib tersebut, mungkin ia adalah wang menang loteri. Mungkin tauke judi tersalah masuk wang ke dalam akaunnya? Pelbagai andaian boleh dibuat dengan jawapan ‘tidak tahu’ oleh Najib semasa perbicaraan sebelum ini.

Bagaimanapun, Najib sebenarnya mempunyai pilihan untuk memulangkan wang tersebut walaupun ‘tidak tahu’ dari mana sumber wang tersebut, namun beliau tidak mengambil langkah tersebut kerana mungkin juga ‘tidak tahu’ untuk dipulangkan kepada siapa.

Malangnya, Najib tidak cuba atau sekurang-kurangnya menyiasat terlebih dahulu asal-usul wang tersebut tetapi sebaliknya membelanjakannya.

Kisah cerita Najib ini umpama seseorang yang terjumpa duit yang tercicir, mengambil duit tersebut dan berbelanja sesuka hati kerana ‘tidak tahu’ siapa pemilik wang tersebut.

Namun, Najib yang ‘tidak tahu’ mungkin terlupa atau terlepas pandang setiap butiran perbankan dan aliran wang yang dipindah milik berjumlah jutaan ringgit akan direkod untuk simpanan sebagai rujukan mana-mana institusi bank dalam negara.

Najib yang bersumpah ‘tidak tahu’ mungkin sudah ‘tahu’ sekarang bahawa setiap rekod tersebut disimpan untuk digunakan sebagai bukti bagi tujuan tertentu, sebagai contoh dalam kes perbicaraan SRC yang dihadapinya sebelum ini.

Bahkan, jika seseorang memindahkan wang ke dalam akaun orang lain menerusi mesin deposit tunai di bank sekalipun akan menerima sekeping kertas sebagai bukti transaksi tersebut, inikan pula transaksi berjuta-juta yang dipindahkan ke akaun Najib.

Najib yang bersumpah ‘tidak tahu’ mungkin tidak pernah menggunakan mesin deposit tunai yang disediakan bank, statusnya sebagai ‘bos’ tidak setara dengan rakyat marhaen yang perlu menggunakan mesin tersebut sekiranya perlu memindahkan wang kepada orang lain.

Kembali kepada sumpah ‘tidak tahu’ Najib, perkara yang diulang-ulang supaya rakyat percaya dengan muslihatnya atau sekurang-kurangnya bersimpati adalah dengan mengatakan ‘tidak tahu’ bagaimana wang tersebut boleh berada dalam akaunnya.

Sumpah ‘tidak tahu’ Najib dibuat dengan harapan rakyat juga ‘tidak tahu’ bagaimana beliau membelanjakan wang tersebut sehingga akhirnya tertangkap dan dibicarakan ke muka pengadilan.

Mungkin Najib yang ‘tidak tahu’ juga berharap orang ramai ‘tidak tahu’ perbuatan sebenarnya berhubung wang RM42 juta tersebut yang lesap begitu sahaja.

Wang RM42 juta tersebut adalah daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) yang dipinjamkan kepada SRC, ia adalah wang rakyat yang tujuannya untuk digunakan bagi persaraan pesara-pesara.

Bagaimanapun, Najib masih dengan sumpah ‘tidak tahu’ dengan mengharapkan rakyat juga ‘tidak tahu’ perbuatan sebenarnya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok