Remaja sangkut atas bumbung bengkel lepas motor dirempuh kereta

December 7, 2021 · Isu semasa

Seorang remaja berusia 19 tahun terpelanting dan tersangkut di atas bumbung sebuah bengkel memperbaiki kereta, dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Kampung Pak Badol, Bachok, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata kereta Honda Civic dipandu lelaki berusia 36 dari Melor dipercayai cuba memintas sebuah Kancil di depannya sebelum bertembung motosikal mangsa.

“Kejadian menyebabkan penunggang motosikal melambung ke atas bumbung dari jarak lima meter manakala kereta merempuh pagar bengkel,” katanya.

Nahas berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi ketika Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria cedera parah.

Memetik Berita Harian, ketika kejadian, pemilik bengkel, Abdul Sukri Mohamad, 59, sedang membaiki kereta sebelum terdengar dentuman dan melihat sebuah kereta serta motosikal terbabas di pagar rumahnya.

Katanya, penduduk yang memeriksa kedua-dua kenderaan itu hanya menemui pemandu kereta manakala penunggang motosikal tidak kelihatan.

“Kami mencari-cari pemandu motosikal di sekitar kawasan kemalangan dan hairan kerana tidak menemui mangsa.

“Beberapa minit kemudian, ada bunyi orang bergerak di atas bumbung bengkel dan barulah kami sedari mangsa tercampak ke atas,” katanya.

Berikutan ketinggian bumbung, penduduk menghubungi Agensi Pertahanan Awam (APM) dan bomba untuk mengalihkan mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 11.32 pagi.

Katanya, tujuh anggota bersama 11 anggota agensi penyelamat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM dan Kementerian Kesihatan (KKM) terbabit dalam tugas menyelamat mangsa kemalangan.

“Kami mengambil masa 10 minit untuk menurunkan mangsa,” katanya.

Mohamad Ismail juga berkata nahas berkenaan membongkar kegiatan jenayah apabila polis menemui dadah jenis heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda dalam kereta berkenaan.

“Rampasan bernilai RM3,020 manakala pemandu kereta turut ditahan polis. Ujian air kencing turut mendapati mangsa positif Methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod jenayah berkaitan dadah,” katanya.

Kes kemalangan disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala kes dadah disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok