Permohonan Rosmah batal kes rasuah ditolak mahkamah

December 6, 2021 · Isu semasa

Langkah isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang membuat permohonan untuk membatalkan kes rasuahnya berhubung projek tenaga solar hibrid ditolak Mahkamah Rayuan hari ini.

Mahkamah Rayuan sebulat suara sekali lagi menolak permohonan tertuduh yang memohon untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya yang melibatkan nilai sebanyak RM1.25 billion.

Pasukan pendakwaan yang membuat bantahan awal mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan terhadap permohonan Rosmah tersebut.

Keputusan itu disampaikan oleh panel tiga hakim dipengerusikan oleh Datuk Hanipah Farikullah. Dua lagi hakim ialah Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah.

Hanipah berkata hakim bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa memberikan relief perisytiharan yang dipohon Rosmah.

Rosmah hari ini merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 September yang menolak permohonannya untuk membatalkan kes itu.

Rosmah membuat permohonan itu atas dakwaan surat pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes rasuah itu tidak sah.

Rosmah diwakili oleh Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader.

Rosmah merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya membabitkan projek tenaga solar dan menggugurkan Gopal daripada mengetuai pendakwaan dalam kes terbabit.

Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Beliau turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok