PKRC MITC hilang ‘real covid fighter’!

December 3, 2021 · Isu semasa

Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh yang dibuka Mei lalu, merasai kehilangan seorang individu yang selama ini tidak lekang dengan senyuman.

Dengan usia 62 tahun Fadellah @ Zaini Hassan lebih mesra dengan panggilan ‘pakcik Zaini’ atau ‘tok Zaini’ keluar rumah seawal 4.30 pagi dan hanya akan pulang 10 minit sebelum waktu Maghrib.

Namun, pada malam 1 Disember lalu, pakcik Zaini pergi buat selama-lamanya meninggalkan seribu kenangan kepada pesakit Covid-19 yang pernah dan masih dirawat di PKRC berkenaan.

Dari sejak hari pertama PKRC itu dibuka, beliau lah yang bertanggungjawab untuk menghantar makanan kepada ribuan pesakit untuk sarapan pada pagi, tengah hari dan petang tanpa lengah walau seminit.

“Arwah ayah adalah seorang real covid fighter! Kenapa saya cakap macam tu? Ini sebab dia. Dari hari pertama PKRC itu wujud sampai arwah ayah jatuh sakit.

“Ayah la orang yang bertanggungjawab untuk menghantar makanan kepada ribuan mangsa Covid-19 setiap 3 waktu selepas subuh, tengah hari dan petang tanpa gagal dan lewat walau seminit.

“Keluar dari rumah 4.30 pagi, balik ke rumah 10 minit lagi nak masuk waktu Maghrib. Ayah seorang yang sangat-sangat rajin. Ayah tiada waktu untuk duduk goyang kaki tanpa buat kerja.

“Sakit bukan cuti bagi dia. Mati sahaja baru sebenar-benar rehat buat ayah,” tulis anaknya Mista Fauzie dalam Facebook hari ini.

Allahyarham Fadellah @ Zaini Hassan.

Menurutnya, sepanjang menghantar makanan itu ayahnya sangat mementingkan kesihatan.

“Tapi macam biasalah, kesihatan yang ayah pentingkan ialah bukan untuk diri dia.. ianya hanya semata-mata kerana tidak mahu makanan yang dibawanya untuk pesakit Covid di PKRC MITC tercemar. Itulah Ayah!,” katanya.

Beliau berkata ayahnya juga menyembunyikan sakit yang dialaminya daripada ister dan anak-anak, tetapi bukan disebabkan Covid-19.

“Ayah selalu ckp, ini amanah orang. Orang yang duduk dalam tu semua nak cepat sihat. Kebersihan diri kita dari penyakit kena jaga. Kalau ayah rasa lain macam, ayah akan call saya ajak buat swab test.

“Ayah seorang yang tidak suka kena cucuk dengan jarum, hospital dan makan ubat-ubatan. Tapi demi amanah yang dipikul, dia sanggup!.

“Alhamdulillah selesai sudah urusan pengebumian arwah Paduka Ayahanda saya semalam dengan baik. Saya mewakili keluarga ingin mengucap setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yg mendoakan, hadir ziarah, hulurkan pelbagai bentuk bantuan wang ringgit, tenaga, dan masa,” katanya.

Sementara itu, ramai individu yang pernah menerima rawatan di PKRC berkenaan terkejut dengan bertia kematian pakcik Zaini.

Mereka mengucapkan takziah, dan ada juga yang memberitahu pakcik Zaini seorang yang tidak pernah lekang daripada senyuman.

“… akak selalu jumpa ayah semasa bertugas di PKRC. Dari jauh mampu senyum dan angkat tangan…. Memang akak tau kegigihan pakcik menjalankan amanah yang diberi… makanan tak pernah lewat sampai dan mengikut jadual dan SOP KKM…,” tulis Nurliza Ld.

Masni Jamalul Nasir pula menyifatkan pakcik Zaini seperti ayah sendiri, malah anak-anaknya juga berkata mereka tidak dapat makan nasi beriani atok Zaini lagi.

“Bulan puasa dah menjadi kewajipan diaorg nak kan nasi beriani atok Zaini… tempat lain punya diaorg tak nak,” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
AUKU tetap tak dimansuhkan, janji manifesto PH tak ditunaikan
March 16, 2023
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
21 minit lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok