Seorang penasihat khas PM lagi akan dilantik, kos anggaran bulanan RM50,000

December 2, 2021 · Isu semasa

Dewan Rakyat diberitahu hari ini anggara kerajaan membelanjakan sebanyak RM50,000 bagi membiayai satu pejabat penasihat khas kepada Perdana Menteri termasuk pegawai adalah RM50,000 dan seorang lagi penasihat bakal dilantik.

Ketika ini, terdapat dua penasihat khas sudah dilantik membabitkan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia dan agama masing-masing diisi oleh Ahli Parlimen Pengerang (MP), Datuk Seri Azalina Othman dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Abdul Latiff Ahmad memberitahu dewan seorang lagi penasihat khas kesihatan PM bakal dilantik, kos RM50,000 tersebut termasuklah gaji dan emolumen penasihat khas serta pegawai yang dilantik.

“Kos ini termasuklah bayaran gaji dan emolumen penasihat khas serta pegawai yang dilantik bagi menguruskan hal ehwal dasar dan operasi di pejabat berkenaan.

“Penasihat-penasihat yang dilantik ini adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai jaringan hubungan, pengalaman dan kepakaran dalam hal-hal berkaitan dengan skop tugas mereka yang boleh memberi faedah kepada usaha pembangunan negara selari dengan konsep Keluarga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, soalan berhubung isu penasihat khas dibangkitkan MP Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Baru-baru ini, seorang MP DAP mempersoalkan langkah lantikan penasihat khas tersebut yang didakwanya menambah kos kerajaan walaupun beliau sudah mempunyai menteri yang mampu melaksanakan tanggungjawab sama.

MP Kepong, Lim Lip Eng berkata, pelantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Jamil Khir sebagai Penasihat Agama dilakukan ketika negara berdepan krisis ekonomi.

“Adakah Ismail tidak menaruh kepercayaan kepada Jemaah Menteri untuk memberi maklum balas yang diperlukan, atau adakah mereka langsung tidak kompeten?

“Sekiranya, mereka tidak mampu menunjukkan prestasi baik, sekurang-kurangnya mereka mempunyai pegawai yang boleh memberi nasihat kepada Perdana Menteri, justeru, ia hanya membuktikan Ismail tidak lagi yakin dengan sesiapa pun dalam Kabinetnya,” katanya di Dewan Rakyat.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok