29 kematian semalam, Perak tertinggi

November 29, 2021 · Isu semasa

Lapan negeri mencatat sifar kes kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, sementara kes aktif di seluruh negara juga dilaporkan turun.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, negeri yang mencatat sifar kematian semalam ialah Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya.

Dalam tempoh sama, jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 juga turun kepada 29 kes berbanding 40 kematian pada Sabtu.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sebanyak 30,309 kes, termasuk 6,130 pesakit yang meninggal dunia sebelum menerima rawatan perubatan di hospital atau dikategorikan sebagai ‘brought in death’ (BID).

Perak merekodkan jumlah tertinggi iaitu tujuh kes kematian, menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu hingga semalam sebanyak 1,248 kes, termasuk 165 kes BID.

Sehingga semalam negeri itu merekodkan 2,410 kes aktif, termasuk 1,896 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah; 77 ditempatkan di PKRC; 390 dimasukkan ke hospital; dan 47 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 22 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Perak sehingga kini mencatat 122,483 kumulatif positif, dengan 118,927 pesakit telah sembuh.

Kedah dan Kelantan pula masing-masing mencatat enam kes kematian; dan masing-masing dua di Johor, Pahang, Sabah, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Mengikut laporan disiarkan KKM di dalam laman sesawang Covidnow hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini mencapai rekod melebihi 200,000 kumulatif kes positif, dengan 195,072 pesakit telah sembuh, dan 2,604 kematian, termasuk 674 kes BID.

Kuala Lumpur juga kini merekodkan 4,605 kes aktif, termasuk 4,246 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah; 329 dimasukkan ke hospital; dan 30 dirawat di ICU dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, kes aktif di seluruh negara juga turun sebanyak 797 kes kepada 66,455 semalam berbanding 67,252 kes pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, 54,695 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,550 ditempatkan di PKRC; 4,699 dimasukkan ke hospital; dan 511 dirawat di ICU, dengan 261 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam negara mencatat 2,617,958 kumulatif kes positif, dengan 2,527,052 pesakit telah sembuh.

Sementara itu, sehingga semalam, kadar penggunaan ICU bagi seluruh negara mencapai 62.0 peratus, dengan Terengganu merekodkan kadar tertinggi iaitu sebanyak 83.1 peratus, manakala Pahang pula mencatat kadar terendah iaitu 24.6 peratus.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok